rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Sunday, July 18, 2010

kalau ckp psl CINTA




lau ckp psl CINTA... selalu dikaitkan dgn REMAJA...

biase la tu... budak2 baru nak matang...

ade sikit kisah psl CINTA y mmg berkait ngn REMAJA...

cube luangkan sikit mase untuk bace post kali ni..

mungkin b'gune pade asdiqa' yang cube2 nak knl ape tu CINTA



"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.

Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.

Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.

“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,” Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.

“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,” Balas Wardah, agak teruji.

“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina. Wa!”

“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”

“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”

Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!



Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.

Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.

Telefon hafiz berdering.

Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah

“Hafiz?”

“Ya, saya,”

“Awak sayang saya?”

“Emm, kenapa awak tanya?”

“Saya tanya sebab nak awak jawab,”

“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”

“Awak cintakan saya?”

“Ya, saya cintakan awak,”

Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.

“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.

“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.

“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”

“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”

“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”

“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.

Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?

Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.

“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.

“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”

Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.

“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”

“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”

Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!

3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.

Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…

Subject:

Nota Cinta

From:

“Hafiz Haikal”

To:

wardah@yahoo.com


Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah. Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang. Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak. Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?.. Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain. Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua. Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah. Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak. Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk. Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat, setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak. Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya. Saya tak pernah bercinta. Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni. Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan. Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama. Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana. Itu janji Allah.


Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL

Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri… Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz. Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.

Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati. Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya. Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…

“Wa, bila nak menikah? Ummi teringin nak bermenantu,”

Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah. Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,

“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”

Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada. Hatinya masih berdebar-debar. Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…

“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…” Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.

Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…



indahnya CINTA berlandaskan syariat kan... heheh :D (suke)

Wednesday, July 14, 2010

Syok nya CUTI!!!~



cuti...??!!!! mid sem je

seronok nya!!

time dekat2 nak cuti... semua orang borak pasal cuti

kau dah beli tiket??

aku balek mlm jumaat..
lambatnya, kau nak wat pe kat sini..

aku pulak balek rabu malam... tak kire, nak balek awal jgk...aku ade program kat sekolah lame dulu..
hmm ade ape kat sekolah kau?? ke siape yang ada kat sekolah kau tuuu?? hihihihihi

eiissshhh tak sabar nya nak balek... kat dlm kelas pun tak nmpk dah muke lecturer... nampak muke tuuuuuuuutttttt j...heheheh

hmm...yang paling penting
apa ah nak wat?? jap2, kene senaraikan dulu

1. merendek-rendek...
2. shopping...
3. tgk movie...
4. main bowling...
5. lepak...
6. balik kampung...
7. main games...

haaa apa lagi, qadha' tidor la...
bangun tengahari buta.. eh buta ke??...
subuh gajah?? kite upgrade jd subuh dinasour n sedarjat dengannya...

buku?? tak nampak dah kat mane...
batang hidung pun tak nampak dah...(uih, mmg x de hidung pun...heheheh)

assignment?? ade ke?? tak ingat dah...

tolong mak?? tolong abah??

gi kelas2 ilmu?? daurah??

ahhhhhhh......xde mase la
.... baik aku gi joli, lagi syok... lagipun cuti seminggu je... orang lain jangan sibuk... huhuh

astaghfirullahal'azim... istighfar banyak2...

kenapa jadi mcm ni bile balek kampung masing2...?
biasa la tu, nak lepas gian.. kat U tak dapat nak wat.. jadual pack sangat... nak tidor pun tak sempat...

kenapa mesti jadi lain bile ade kat kampung masing2...?
kat U terikat dgn peraturan... kat rumah, bebas...huhuhu

kepada Muslimin yang disayangi dan Muslimat yang dicintai.................................... ALLAH s.w.t

ingatlah apa tujuan kita yang sebenarnya.... kita masuk UM juz nak belajar??
bile balek rumah, tinggal semuanya... sangkut segalanya kat pintu pagar UM..

bile kite kat luar, tu lah ujian kite yang sebenarnya...



MALAS??!!!
ni lah alasan yang selalu kita dengar...

Dalam konteks perasaan malas, saya cadangakan supaya kita boleh memulakan beberapa langkah:

1) Fikirkan secara positif bahawa anda tidak malas dan hendak menjadi rajin.

2) Setiap kali selepas bangun dari tidur, yakinkan diri bahawa anda akan lakukan tugasan-tugasan.

(Contoh: basuh baju, siapkan tugasan...).Anda boleh membuat bayangan minda bahawa anda akan melakukan tugasan itu.

3) Sentiasa cabar diri.

contoh: Kalau kau (nama sendiri) tak siapkan juga tugas ni, maksudnya memang la aku tidak tahu bersyukur, jadi sebagai denda, kurangkan masa 1 jam untuk tengok tv dan tambah sejam lagi untuk siapkan tugas). Ini hanya sebagai contoh, kadangkala manusia boleh jadi terkehadapan dengan cabaran dan tekanan pada diri.

4) Banyakkan muhasabah mengapa kita dibelenggu sifat malas.

5) Mohon doa yang berpanjangan kepada Allah supaya dijauhkan sifat malas ini.

"Allahumma, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan; dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil; dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"


Banyak nya assignment nak kene buat...
. PENATLAH...
satu lagi alasan yang kita selalu dengar..

Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Nantilah belajar...exam lame lagi...
Boleh terima ke alasan ni... hmm tapi selalu kite gune an...


Belajar Bukan Untuk Periksa...

"Perjuangan adalah kesempatan buat orang yang bijak menilai diri..."

Ramai pelajar menganggap bahawa mereka ini menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka me
ndapat tempat di pasaran kerja pada masa hadapan.

Namun hakikatnya, semua ini merupakan satu perkara yang merugikan mereka jika tanggapan sebegini tidak dikikis. MENUNTUT ILMU/ BELAJAR HANYA UNTUK PERIKSA?

Adakah anda merasakan perkara ini merupakan suatu perkara yang berbaloi? Bagi saya, ianya tidak sama sekali. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darim





Hmm... ingatlah asdiqa' semua...

Jangan lah kita terlampau leka dengan cuti mid sem kali ini...
aplikasikanlah apa yang kita dapat di U ni..
buatlah perubahan pada diri kita...

ingat, kita ni da jadi pelajar U, bukan lagi pelajar sekolah...tinggalkan perangai2 lame kita...
lakukan perubahan bisur'ah...


Haaaaa skrg ni senarai kerja yang sangat2 perlu di settle kan...

1. usus aqidah
2. maqal - islam
3. istima'
4. sirah nabawiyah

5. nahu

n yang seangkatan dengannya... revision jgn lupe wat... lagi 7 minggu je sblm exam..
ready la dari skrg, pe salahnye...

1 lg, prepare la pape bahan utk munaqasyah yang seterusnya...

hmm ingatkan lah kawan2 yang lain... same2 do something berfaedah fi hazihil ijazah...

p/s: segala kekurangan harap ditegor/diperbetolkan.......



Wednesday, July 7, 2010

CINTA: bahagia atau derita?



Nampak macam khusyu' je... tengok apa tu??

o7/07/2o1o (bk 9)

Janji nak mula pukul 11 pagi, ta
pi waktu tu, tak de sorang pun wakil muslimat yang datang, hanya muslimat yang dipertanggungjawabkan dengan tugas ini datang awal.

Muslimin pun datang awal.... (waaaaaa, biar betol?!!!)

Biasalah tu, 'janji melayu'.... (eh bukan lah, muslimat ada banyak perkara yang nak di settle kan...bz la konon). Bukan lambat sangat pun... (ye ke?!!)

Akhirnya kami memulakan munaqasyah ini pada jam 11.30 pagi.


Perasaan kami berkobar-kobar nak dengar apa yang disampaikan, almaklumlah munaqasyah yang pertama, tajuknya pasal CINTA pulak tu.

Pada mulanya mentor yang datang hanya dua orang(ikhwah), tapi apabila munaqasyah hendak bermula, masuk lagi dua orang.
Wahhh , sekali dia datang bawa geng la!!!

Jadi semua ikhwah di kalangan senior yang datang, empat orang.
Akhawat dari kalangan senior tidak dapat hadir kerana terdapat halangan yang tak dapat dihalang.

La ba's.... al-an, mari kita fokus pada apa yang asdiqa' kita nak sampaikan.....


11.30 pagi


Munaqasyah yang pertama ini dipengerusikan oleh ukht Nik Nur Farah Hana, walaupun agak kelihatan segan-silu (almaklumlah kali pertama bercakap depan sabahabat2), tapi alhamdulillah dia mampu menyempurnakannya.





Kata ukht Nik Nur Farah Hana....

Kalimah "CINTA" sudah tidak asing lagi di telinga kita terutama dalam kalangan remaja.

Sudah menjadi tanggapan umum bahawa CINTA bermaksud ungkapan rasa sepasang merpati dua sejoli yang mabuk dilanda asmara.

Bila menyebut tentang
CINTA, seringkali terbayang di kotak fikiran kita pasangan kekasih sehidup semati seperti 'romeo dan juliet', 'laila dan majnun', dan 'uda dan dara'.

Jalaludin ar-Rumi menggambarkan keasyikan indahnya CINTA itu hinggakan seseorang itu menganggap syaitan seperti bidadari.

Walaupun sudah ramai yang bahagia kerana CINTA, tetapi tidak disangkal bahawa ada juga mereka yang menderita kerana penangan CINTA.

Kerana CINTA, seseorang itu boleh menjadi mulia namun kerana CINTA jua seseorang itu menjadi hina.



11.40 pagi


Kemudian, dihangatkan lagi munaqasyah ini dengan kata-kata yang penuh semangat oleh ukht Fadhilah.

Walaupun kecil orangnya, tetapi dia mampu untuk mengupas lagi tentang CINTA pada hari ini dengan penuh berapi-api...(wah,cepat panggil bomba!!!)






Kata ukht Fadhilah.....

Kita hanya mempunyai satu hati sahaja, ianya menjadi rebutan antara malaikat dengan syaitan.

Tapi hakikatnya hati merupakan milik sang Pencipta.


"Kita sering malu kerana manusia, tapi adakah kita pernah merasa malu kepada Allah kerana mendatangkan kemurkaannya, sehingga merah padam muka kita".... fikir-fikirkanlah


Surah ar-Rum:21, mafhumnya: dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenis mu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.


12 tgh hari


Munaqasyah ini disempurnakan lagi oleh akh Mohd Shauqi yang mengupas tentang hakikat sebenar CINTA.

Katanya dia tidak mempunyai pengalaman berCINTA tapi berdasarkan apa yang diperkatakan, macam pernah je............ (sohih am la?? hanya Allah dan akh Shauqi sahaja yang tahu)





Kata-kata akh Mohd Shauqi....

Ayuh kita melukis peradaban islam bermula daripada kita.....

Alaf yang
serba unik telah menyaksikan bagaimana para
remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari
fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka
alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-
bank,
institusi-institusi kewangan lain diislamkan.
Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah

".

Ayat-ayat
dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk
menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi
gejala ini menular di kalangan mereka yang
berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-
naqibah usrah dan mereka yang menggunakan
ganti nama "ana - anta dan ana - anti

".”


Sms,Yahoo Messenger, frienster, my space,facebook, millat facebook, mail dan lain-lain
kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi
penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak- anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang- kadang gambar wanita bertudung

BAGAIMANA ISLAM MEMANDANG CINTA


1. Mencintainya kerana Allah(mendekatkan diri pada Allah dan mentaaatiNya). Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya- cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.

2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan kita dari Allah, membuatkan kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya.

3. Cinta yang mubah(harus),adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan.

Misalnya tanpa sengaja kita(lelaki) melihat wanita atau kita (wanita)melihat lelaki kemudian jatuh cinta dan perkara ini tidak sampai kita membuat maksiat pada Allah. Kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.



Apakata kita lihat hadis Rasulullah SAW dalan sunan Ibn Majah: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah

Apa?,Nikah?!!, Tidak mungkin…. Belajar belum habis, bagaimana nak menikah?

Mari lihat larangan Allah dalam surah al_Isra’:32 “Janganlah kamu mendekati zina….”

“Ah ekstrim, takkanlah bercinta dianggap mendekati zina….”

OK, mari kita lihat sabda Rasulullah SAW pula:”Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya syaitan..”(HR Tabrani)

Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan(ke tempat maksiat) dan mulutnya juga berzina dan zinanya adalah ciuman”(HR Muslim dan Abu Dawud)


C CINTA

I ITU

NNIKMAT

TTAPI

AAWAS!!

So……..renung-renungkan lah

WAHAI SAHABATKU!!!!!


Kini sudah terang lagi nak bersuluh (dengan torchlight pulak tu), sohihlah perasaan CINTA adalah lumrah bagi setiap manusia. Hakikatnya CINTA itu suci, maka janganlah kita mengotorinya tetapi peliharalah ia sebaiknya.


12.40 ptg


Mentor kami, menyampaikan sedikit kata-kata sebagai kesimpulan munaqasyah hari ini....


Setelah selesai munaqasyah, kami pun balik dengan penuh kesedaran, ikan haruan...eh, keharuan lah dan juga keinsafan..... insyaAllah


Harapnya munaqasyah yang diadakan di sebuah bilik kuliah yang lampu yang hanya dibuka sebelah, kerusi yang masih banyak kosong dan terdapat dua kaki payung di belakang bilik kuliah (payung....dua kaki...??!!!) jeng jeng jeng........ harapnya kita sama-sama dapat membangunkan islam bermula dengan aspek CINTA.


Sebelum akhiri kalam, akh Shauqi ada menyebut, Islam pada zaman Rasulullah s.a.w mudah tersebar dalam masa hanya 23 tahun, kerana mereka memahami islam yang sebenarnya. Mereka paham tentang konsep CINTA yang sebenar, mereka mengaplikasikan konsep CINTA yang sebenar.....


Maka, bagaimana pula kita pada zaman yang penuh dengan kemudahan serba canggih, mampukah kita membangunkan islam dalam jangka masa seperti yang dilakukan Rasulullah...


Renung-renungkan dan selamat beramal!!!~





Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan munaqasyah yang pertama ini sama ada secara langsung atau pun tidak..

Terima kasih juga kepada yang memberi kerjasama yang baik sepanjang munaqasyah ini berjalan..


Harap kita dapat mengambil serba banyak dari apa yang telah disampaikan..

Sesungguhnya yang baik itu datang dari sang Pencipta, dan yang kurang baik itu datang dari yang diciptakan...



p/s: moga terhibur dengan post pada kali ini..... mohon maaf andai ada tersalah bahasa atau tersalah taip (almaklumlah, manusia biasa)

Tuesday, July 6, 2010

Jom jadi mahasiswa bertaqwa!!!



"Kemas rumah sebelum pergi jalan." Umi sering berpesan, setiap kali kami ingin pergi ke mana-mana.

Tangannya ligat mengemas itu dan ini. Mencapai vakum, bulu ayam, dan kain basah sehingga peluh-peluh kelihatan di wajahnya yang bersih.

"Kenapa?" Sesekali ana bertanya, saja mahu berbual. "Nanti senang, bila balik rumah dah kemas."

Natijahnya : Semua senang hati, kerana setelah berpenat lelah berjalan, balik ke rumah, rumah sudah tersedia kemas.

Aplikasi di Universiti

"Ada rekreasi ni nanti hari jumaat sampai ahad. Nak pergi?" Seorang sahibah bertanya, penuh berharap. Keputusan harus diberi segera. Hanya 2 hari masa diberi untuk membuat pertimbangan.

Ana menilai kembali, ada assignment IT dan e-commerce, Hati tidak senang memikirkan semua itu.

Ana mula merancang jadual sendiri, menyiapkan assignment ketika ada masa terluang dan tidak lupa untuk memberi sedikit ruang untuk mengeratkan ukhwah bersama sahibah.

Alhamdulillah.. Allah memudahkan segalanya. Ketika program berlangsung, fikiran tenang, tidak kelam-kabut memikirkan assignment dan segala kerja yang ditinggal di kolej.

Ketika pulang semula ke kolej, badan penat dan terfikir kembali ; Alhamdulillah, semua kerja sudah siap.

Terima kasih buat umi yang mengajar ana agar sentiasa mengutamakan yang lebih utama.

Bahagi Kerja

Menjadi seorang khalifah, pendakwah dan mahasiswa bukanlah satu amanah yang bisa dipandang enteng. Bahkan, semua itu menuntut banyak pengorbanan. Berkorban masa, berkorban tenaga dan berkorban waktu untuk berseronok. Benarlah, jika kita benar-benar bekerja untuk Islam, maka tiada waktu untuk berseronok.

"Ala, bosanlah hidup macam tu ukht"

Hakikatnya, dunia bukanlah satu tempat untuk kita mengisi waktu dengan berseronok, tetapi dunia adalah tempat semaian kita dan hasilnya akan diperoleh di akhirat kelak.
Mari kita selusuri kisah seorang Rasul, ayah, suami dan khalifah ini ; Baginda Rasulullah s.a.w sibuk berdakwah di siang hari, melayan isteri, anak, cucu dan rakyatnya.. Terkadang ditimpakan ujian, namun baginda tetap bersabar.. Biarpun dicaci, biarpun dihina, biarpun semua manusia memandangnya dengan perasaan jelek, baginda tetap mara memartabatkan Islam di mata dunia.

Adakah waktu untuk baginda berseronok? Jawapannya : Ada.

Baginda berseronok di sepertiga malam terakhirnya, ketika semua orang sedang nyenyak diulit mimpi, baginda sedang berseronok di tikar sejadahnya, menadah tangan kepada Yang Esa, sehingga bengkak kaki baginda kerana terlalu asyik menunaikan solat.

Subhanallah, mulianya pekerti seorang kekasih Allah!

Wahai mahasiswa Muslim sekalian, ayuh mari kita menilai kembali diri sendiri.. Kita pergi ke kelas dan pulang ke asrama. Bergelak ketawa bersama rakan, terkadang tertidur di dalam kelas. Ada pula yang mengisi masa terluang dengan berchatting, bersiar-siar, kita tidur lewat kerana sesuatu yang sia-sia sehingga terlepas waktu qiamulail, malah terkadang solat subuh di pengakhiran waktu.

Dan akhirnya kita mengeluh, "Ah, penatnya!"

Apa yang memenatkanmu sahabat? Adakah penat itu terisi dengan perkara berguna atau sia-sia? Kenang kembali kisah Rasulullah yang tidak ada walau sedikit waktu untuk bersenang-lenang namun tidak pernah dia mengeluh kepenatan.

Astarghfirullahalazim...
Astarghfirullahalazim...
Astarghfirullahalazim...

Mudah benar kita ditipu dengan dunia yang telah dihias cantik oleh para syaitan laknatullah sehingga kita terlupa pada satu negara yang kekal abadi di akhirat sana. Syurga atau neraka yang akan kita diami...?

Menjadi Mahasiswa Bertaqwa

Jika menjadi manusia, biarlah menjadi manusia yang berguna. Jika menjadi mahasiswa, biarlah menjadi mahasiswa bertaqwa.

Menjadi mahasiswa bertaqwa tidak lah semudah ucapan di bibir. Mahasiswa bertaqwa perlukan kecekalan mental dan fizikal yang tinggi, kerana jalan yang dilalui penuh dengan ranjau yang berduri.

Ada sesetengah mahasiswa yang berpendapat bahawa cukuplah dengan hanya berdakwah tanpa perlu mengutamakan akademik, dengan hujah, jika kita menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kita.

Benar, Allah benar-benar akan menolong kita tetapi Allah juga menyuruh kita agar berusaha untuk mendapatkan sesuatu.


Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. (Al-Imran : 159)



Apa maksud tawakal sahabat? Tawakal bermaksud berserah diri kepada Allah setelah berusaha. Maka, jika tidak ada usaha, maka tidak ada istilah tawakal kepada Allah!

Menurut seorang ulama; Ramai orang dilahirkan pandai, tetapi sedikit sekali yang menangis kerana Allah.

Benar, berapa ramai mahasiswa yang skor 4.0 setiap semester masih tidak tahu asas agama. Berapa ramai pelajar cemerlang yang tidak menutup aurat. Berapa ramai pelajar gemilang yang leka dengan duniawi..

Ingat! Menjadi seorang pelajar juga adalah satu amanah dari Allah, juga dari ibu dan bapa. Justeru, dalam kita berusaha menjadi pelajar yang cemerlang, jangan lupa untuk mencemerlangkan juga diri kita di jalan Allah..

Amanah itu sungguh-sungguh amat ringan di dunia tapi berat di akhirat kelak.

Wallahu'alam.

Maafkanlah...


“Akak…” Panggilnya seraya membuka telekung.

Ana yang sedang melayari internet menoleh ke arahnya.

Wajah manis satu tubuh yang masih berteleku di atas sejadah ana tatap penuh kasih.


"Ya?” Senyum.


Tapi, senyuman ana tidak berbalas, wajahnya berkerut seolah-olah mempunyai permasalahan di jiwa. Ya, masalah. Ana pasti itu.


“Akak.. kalau kita tak salah, kita kena minta maaf ke?”

Minta maaf, salahkah?
Ana tersenyum dan menggeleng.

Wajah tulus itu ana tatap lagi, penuh sayang. Satu nafas yang dalam ditarik, berfikir untuk menyusun kata.


“Em.. Dalam Islam, orang yang meminta maaf tulah orang yang menang.” Akhirnya, ana bersuara.

Kedua-dua keningnya berkerut, seolah-olah ingin bercantum, “Tak fahamlah kak. Kenapa macam tu pula?”


“Macam ni.. bila kita minta maaf, dalam masa yang sama, kita menurunkan ego kita. Bila kita dah berjaya turunkan ego, bermakna kita dah berjaya lawan nafsu. Bila kita berjaya melawan nafsu, bermakna kita lah yang menang.”

Panjang lebar penjelasan ana, kali ini dia mengangguk.

“Tapi kak.. Kenapa ada orang cakap kalau dia yang salah, biarlah dia yang minta maaf?”

“Em.. Tu cakap orang yang tak faham Islam.”

“Oh..” Dia mengangguk, bangun, melipat sejadah dan telekungnya.

Perbualan terhenti.

Namun ana kembali terfikir, mengimbau kembali peribadi mulia Rasululullah s.a.w yang sentiasa memaafkan umatnya.


Kisah Rasulullah
Mari kita hayati salah satu daripada kisah manusia agung ini…

Satu hari, Rasulullah pulang lewat ke rumah kerana mempunyai urusan.

Isterinya, Aishah sudah tidur. Tanpa niat mahu mengejutkan Aishah, Rasulullah membentang alas di hadapan pintu rumah baginda dan tidur di luar.

Keesokan harinya, Aishah melihat Rasulullah tidur di luar rumah, puas Aishah meminta maaf, tetapi Rasulullah membalas, “Tak apa, saya minta maaf kerana pulang lewat.”


Bayangkan situasi kita di tempat baginda. Adakah kita akan meminta maaf andai kita pulang ke rumah kerana mempunyai urusan dan akhirnya perlu tidur di luar rumah?

Ana pasti, ramai yang akan berkata.
“Saya penat, ada kerja, perlu pula tidur di luar rumah. Kenapa saya yang perlu minta maaf?”

Sering juga ana terdengar perkataan maaf yang begini, “Aku minta maaf, aku dah minta maaf, kau tak nak maafkan tu urusan kau lah dengan Tuhan.”


Aduh! Satu ayat yang mampu menambah dosa, menambah sakit hati insan lain malah memaparkan satu ketidakikhlasan dalam perkataan maaf itu sendiri.

Meminta maaf, biarlah dengan kata-kata yang mampu menyejukkan hati.


Dewasa ini, manusia sering tewas dengan nafsu, berbanga dengan ego yang menggunung tinggi tanpa sedar semua itu adalah agenda syaitan dalam merosakkan hati.

Apabila kita tidak mahu meminta maaf, ummah akan berpecah-belah. Itulah kegembiraan syaitan laknatullah!
Maafkanlah…

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima).

Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun. (Al-Baqarah : 263)
Jika kita ego dan tidak mahu meminta maaf, apabila datang seseorang meminta maaf, jangan pula kita berkata;

“Ah! Aku taknak maafkan kau, biar kau rasa!”


Di mana akhlak kita sebagai seorang Islam?

Di mana dia diri seorang muslim yang mahu mencontohi akhlak Rasulullah?

Di mana dia seorang manusia yang menumpang di sebalik sifat penyayang dan pemaaf Allah s.w.t?
Hadirkan sedikit sifat malu dalam diri…

Sedangkan manusia Agung, Rasulullah s.a.w bisa mengampunkan umatnya, sedangkan Allah s.w.t selalu suka mengampunkan hambaNya.. S

iapa pula kita untuk tidak memaafkan?
Maafkanlah…

Nescaya hatimu menjadi tenang.
Buangkan Ego

“Akak” Suara itu memanggil lagi. Ana menoleh ke arahnya.

Wajah seriusnya ana tatap lama.


“Ya?”


“Kita dah minta maaf dah tadi dengan dia…”


“Lepas tu?”
“Dia buat tak tau je..”

Diam. Wajah suramnya menceritakan gelodak di hatinya.


“Rindu ke kat dia?” Ana bertanya walaupun sudah pasti akan jawapannya.

Teman baik suatu ketika dahulu, masakan tidak punya perasaan rindu.


“Rindu kak.. kita sayang dia, memang nak jadikan dia kawan baik kita. Kenapa jadi macam ni?”

Dia termenung jauh..

Bersabarlah adikku… Allah sedang menguji ketahanan jiwamu, kecekalan hatimu dan keikhlasan dirimu dalam bersahabat..

Bersabarlah dan maafkanlah..


Wallahu’alam

Sebagai renungan...

Dari Anas bin Malik r.a. berkata,

"Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."


Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri.

Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

Jd sahabat2 skalian marilah kita sama2 mngamalkan bacaan ayat kursi ini....moga2 kita dpt kelebihan2 yg ad dlm ayat kursi ni...InsyaAllah...amin ya rabbal 'alamin...

Monday, July 5, 2010

Aduh banyaknya kerja!!!!

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...

pertama-tamanya marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kpd Allah s.w.t yg telah memberikan kita nikmat yg bnyk terutamanya nikmat islam yg msih kita dpt rasai hingga ke hari ini....

Bila sembang psal kerja bnyk antara kita akan mengeluh.tidak kire la mase kite kt skola rndh,menengah mahupun skrg di universiti.....

maka tebentuklah dialog2 sedemikian....

"Aduhhhhh..... kenapa banyak sangat kerja nie...."
"Eeeeeee... boringlar..... asyik2 kerja...."
" Sem 1 pun banyak kerja ker???..."
" Ish... Kalau pi maktab msti best.........."

Ini adalah antara dialog2 yg sring kluar di mulut pelajar2 yg biasa kita dgr...Tp cuba kite pk balik ape hikmah cikgu or pensyarah ni bg kerja kt kita???Kita sbgai pelajar atau skrg lbih d knali sbg mahasiswa dan mahasiswi spatutnya tdk prlu utk mgeluh atau mengomen apa2 yg d brikan olh mereka...kerja yg mreke brikan kpd kita adalah utk membantu kita brjya di dunia dan di akhirat...

ok kita tgk skrg di universiti...apa fungsi kerja atau assignment yg d berikan kpd kita...adakah semata-mata utk mendera kita atau mnyiksa kita???atau pun skadar utk main2 je???sudah tntu tdak...stiap krja yg d berikan adalah ilmu utk kita dan utk membantu kita lulus dlm final exam nnti...btol x???xsiap assignment blom tntu boleh graduate...

Tp ingt jugak buat assignment tu biarlah utk ilmu n lillahita'ala...jgn buat tu semata-mata nk lulus exam...mcm mane ilmu tu nk ingt n mndpt kberkatan drpd Allah...

Jadi sahabat2 skalian,renung2kan lah dan ambil iktibar.....