
Monday, November 29, 2010
18 TANDA EGO

Sunday, November 28, 2010
Dua petang di Expo Cheng Ho













Friday, November 26, 2010
Tak kenal, maka tak CINTA
Bagi salam dulu, Assalamualaikum w.b.t...
Rasa berdebar pulak bila nak usik blog ni.. almaklumlah, dah berhabuk, bersawang, bersarang burung, ya Salam, sarang lebah pun ade, ehhh.... hehehe macam mana nak kemas ni???
Kita mula dari awal lah.. mesti ramai yang tertunggu2, apa dah jadi dengan majmuah ni kan..
(ada ke yang tunggu sebenarnya... huhu)
Kita mulakan dengan sesi perkenalan bersama orang2 kuat majmuah ni..
Mohd Shauqi
turut Bahagia Mas'ulah kita
Norwahyuni
Yang sentiasa Setia dan berusaha
Syed Zain Abhar
juga setia bersama kita
Fadhilah
Yang mengutip dan menjaga juga mengurus Duit kita,
Anwar
turut dibantu oleh
Nor Afifah
Yang cemerlang dalam Akademik
Muhammad Nabil
juga cemerlang
Fatin Syahida
Yang sentiasa mengisi Kerohanian kita
Wan Muhammad Idris
turut diisi oleh
Samihah
Yang selalu ada untuk menjaga Kebajikan kita
Ahmad Za'im Sabirin
juga dijaga oleh
Halimatus Saadiah
Yang celik Multimedia
Muhammad Hilmie
juga yang baru nak celik
Khadijah
turut yang baru nak tercelik
Maisarah
Apa, nak tengok gambar??!!! kejap eh, upload dulu...
......................loading.........................
.......tuuuuuuuttttttttt...... gambar kami tak boleh disiarkan,
sebab gambar kami sangat mahal...hohoho (artist la katekan...)
adoih, stuck pulak... maaf lah, bukan tak nak bagi tengok, gambar tu yang tak nak keluar... kami dah paksa, dia tak nak keluar jugak... heisyyy, tak de rezeki lah nampaknye... tak pe2, lain kali cuba lagi....chaiyo'!!!~
Terima kasih tidak terhingga kepada mantan orang2 kuat majmuah 1 sem 1...
Jasamu sangat dikenang, hanya Allah yang dapat membalas, InsyaAllah...
Sejuta kemaafan dipohon andai banyak kesilapan yang meninggalkan kesan pada majmuah 1 sem1 - mantan org kuat =)
p/s: asif jika ada kekurangan... tegorlah kalau ade something wrong... ok
syukran jazilan =D
Saturday, November 6, 2010
Sem 2 : Fasa Perubahan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.....
Saturday, August 21, 2010
Sebelum... Fikirkan...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
Monday, August 16, 2010
Ya Habibati
Suasana di Padang Masyhar
Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.
Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.
Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,
berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."
Jawab Nabi Muhammad saw,
Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,
Aku akan kabulkan permintaanmu."
Titian Sirat
Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,
Tingkatan Neraka
Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,
Jibrail menjawab,
Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.
Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita?
Tuesday, August 10, 2010
Rindunya aku padanya
Ya ALLAH...
Rindunya aku padanya..
Antara dua belas yang kukenal..
Dia yang paling istimewa..
Sungguh istimewa..
Tidak kunafikan..
Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..
Adakah dia rindu untuk menemuiku?..
Rindukah dia kepadaku?..
Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..
Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..
Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..
Terkadang hatiku tidak tulus..
Sedangkan dia Kau kurniakan..
Dia yang Engkau tentukan..
Yang mentarbiyah aku..
Mendekatkan diriku
padaMu Ya ALLAH..
Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..
Membersihkan hatiku dari noda yang silam..
Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..
ALLAH Ya Rahim...
Ampunilah aku..
Berikanlah aku peluang kali ini..
Untukku membetulkan apa yang aku silap..
Menampal mana yang terkoyak..
Aku rindukan dia Ya ALLAH..
Ramadhan...







