rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Tuesday, November 8, 2011

Bersama membina generasi Pengubah

Diambil dari malaysiaharmoni.com,,

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, populasi warga Malaysia pada tahun 2000 berjumlah 23.3 juta orang, manakala pada tahun 2010 ia meningkat menjadi 28.3 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 61.3 peratus atau 17.35 juta beragama Islam.

Seringnya dakwah melalui ceramah dilaksanakan di zon selesa seperti di masjid, surau, dewan seminar, ceramah perdana, forum perdana, dewan kuliah dan seumpamanya. Bahkan dakwah berlangsung setiap hari. Namun persoalan utama yang bermain di fikiran penulis ialah, komitmen umat terhadap masa depan Islam tidak menunjukkan perubahan yang signifikan dari semasa ke semasa.

Sesetengah orang berpendapat bahawa umat Islam semakin jauh dari agamanya. Berada di lokasi ‘mungkarat’ yang tidak mendapat sentuhan para pendakwah dan ulama menyebabkan sewajarnya alternatif dilakukan bagi mengubah segala yang tersebut. Hal ini patut menjadi renungan kita bersama kerana realiti masyarakat yang dikerumuni kemaksiatan mungkin menjadi sebab mengapa seruan para pendakwah dan ulama di lapangan mengalami ‘kemandulan’.

Sebaiknya dilakukan dahulu diagnosis permasalahan kerana pelbagai masalah yang wujud di dunia ini secara garis besarnya boleh dikategorikan kepada dua, iaitu ‘internal’ dan ‘eksternal’. Permasalahan internal adalah permasalah yang terdapat pada pendakwah dan ulama yang bergerak dalam ruang fantasi, sedangkan persoalan eksternal adalah persoalan yang terdapat pada dunia realiti umat. Selain itu, pengurusan dakwah, metode dakwah dan wawasan dakwah sebagai prasyarat bagi pendakwah dalam berdakwah juga perlu diambil kira.

Realitinya, umat Islam di Malaysia telah dan sedang berhadapan dengan masalah penyakit sosial yang parah dan jenayah yang serius. Peningatan kadar jenayah dan gejala sosial telah memberikan kesan yang amat besar kepada survival umat dan negara.

Masalah dadah yang tiada penghujungnya telah memberikan kesan besar kepada kehidupan masyarakat di negara ini. Masalah ini semakin rumit apabila isu sosial lain muncul seperti cendawan yang tumbuh subur selepas hujan pada waktu hening pagi. Lihat sahaja kegiatan seks bebas yang melibatkan aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT), Pengkid, Gothic, Black Metal, HIV/AIDS, pergaulan bebas, pembuangan bayi dan lain-lain.

Menurut laporan, daripada jumlah penghidap HIV/AIDS di Malaysia yang terbaru, 72 peratus adalah daripada kalangan beretnik Melayu. Hal ini sangat memalukan negara Malaysia yang berstatuskan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Melayu yang etnik majoritinya menganutnya. Ia menunjukkan betapa rosaknya akhlak umat di Malaysia pada hari ini.

Bahkan isu zina bagaikan menjadi santapan harian bagi pembaca surat khabar apabila boleh dikatakan setiap hari ada sahaja berita-berita berkaitan jenayah zina.

Gejala sosial yang melanda sangat membimbangkan. Hal ini boleh dilihat apabila laporan saban tahun merekodkan angka yang semakin meningkat sama ada dari sudut penghidap HIV, jenayah zina, kes buang bayi, kes bersekedudukan bukan mahram, minum arak, judi dan sebagainya. Apa yang lebih memalukan ialah apabila statistik yang diberikan menunjukkan Bangsa Melayu berada di tangga teratas.

Sudah menjadi fitrah manusia untuk hidup dalam keadaan aman damai. Seorang manusia yang waras tidak mahu menyaksikan berlakunya krisis, kemungkaran, pemerkosaan dan segala penyakit masyarakat. Andaikata dia seorang pemimpin, dia mahu orang yang dipimpin meletakkan ketaatan kepadanya. Begitu juga kalau dia seorang yang dipimpin, dia mahu pemimpinnya meletakkan keadilan kepadanya. Andaikata dia seorang ayah, dia mahu anak-anaknya memberikan ketaatan dan kepatuhan kepadanya. Begitu juga kalau dia seorang anak, dia mahu ibu dan ayahnya meletakkan kasih sayang kepadanya. Begitu jugalah hal suami kepada isterinya, dan isteri kepada suami. Andaikata seorang pemimpin, ibu, ayah, guru, suami, isteri, rakyat, anak murid bahkan semua orang dapat meletakkan diri pada tempat masing-masing, maka tidak akan terjadi pergaduhan dan kerosakan di atas muka bumi ini. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Firman Allah (maksudnya):

"Telah berlaku kerosakan di daratan dan di lautan akibat tangan-tangan manusia."

(Ar-Rum: 41)

Hal ini berlaku apabila pemimpin tidak dapat memberi keadilan terhadap orang-orang yang dipimpinnya. Begitu juga orang yang dipimpinnya tidak dapat memberikan ketaatan kepadanya. Ibu ayah juga tidak dapat memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya, dan anak-anak tidak dapat memberikan ketaatan terhadap ibu dan ayahnya. Begitu juga yang berlaku antara guru dengan muridnya dan antara suami dengan isterinya. Sebab itulah kita melihat pelbagai masalah timbul, daripada yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada yang sebesar-besarnya, daripada masalah rumahtangga hinggalah kepada masalah negara yang hebat pemimpinnya.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah jasadnya. Jika rosak daging itu, maka rosaklah jasadnya. Ketahuilah itu adalah hati."

(Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah melaporkan dalam sebuah hadis yang bermaksud,

"Hati adalah umpama raja dan anggota badan adalah sebagai pengawalnya. Apabila raja memerintah dengan baik, maka pengawalnya tentu bertugas dengan baik. Apabila rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik, maka sudah tentu pengawalnya pun begitu juga."

Justeru, apa yang mendukacitakan, usaha pembanterasan masalah ini hanya dilakukan oleh kelompok tertentu atas nama jawatan yang disandang; itupun hanya melaksanakan penguatkuasaan yang terbatas dan bukan atas tanggungjawab berdakwah secara menyeluruh.

Hal ini terbukti apabila usaha seperti ini hanya dilakukan oleh segelintir individu atas nama jawatan yang disandang seperti polis dan Pegawai Penguatkuasa di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Bagi Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), JAIN, MAIN, imam, guru KAFA, guru Takmir, Pemegang Tauliah Mengajar, guru agama di SK, SMK, SMKA, ulama, pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan masyarakat awam Islam, semuanya kelihatan masih kurang proaktif dalam usaha membanteras penyakit sosial yang membarah dan bernanah dalam erti kata yang sebenarnya.

Realiti yang berlaku adalah, mereka masih menumpukan aktiviti dakwah di masjid dengan ceramah-ceramah sebagaimana kebiasaannya. Budaya kerja mereka masih terikat dalam bentuk kepegawaian dan terikat dengan peraturan-peraturan yang ketat di samping sering berhadapan dengan prosedur tertentu, birokrasi serta sering kali juga dalam keadaan selesa.

Firman Allah (maksudnya):

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah yang ada di dalam diri mereka (hatinya)"

(Ar-Ra’d: 11)

Walaupun demikian, tugas dakwah sesama kita perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara-perkara ini terus berlarutan.

Oleh yang demikian, satu pendekatan baru membanteras gejala sosial maksiat dan mungkaratsehingga ke akar umbi iaitu melalui pendekatan kerja amali kesukarelawanan hendaklah difikirkan dan dijadikan satu alternatif.

Modul dan manual kerja dakwah telah dapat digubalkan untuk kegunaan PHEI, JAIN, MAIN, NGO, pendakwah, guru agama dan seluruh pimpinan masyarakat Islam di peringkat akar umbi. Manual ini juga mengandungi maklumat berkaitan dengan konsep, kepentingan, etika dalam aktiviti kesukarelawanan menurut perspektif Islam.


Pelaksanaan program latihan teori dan praktikal disesuaikan mengikut kumpulan sasaran, masa, isu dan sumber yang dimilki. Aspek falsafah dan etika hendaklah diberi penekanan dalam semua sesi latihan supaya para peserta dapat diberikan kefahaman dan pelbagai kemahiran.

Pendekatan ini diharapkan dapat memperkasakan para sukarelawan Islam dengan memiliki kemahiran berkomunikasi, bergorganisasi dan seterusnya dapat mengikuti latihan demi latihan temu seru di lapangan.

Sewajarnya kita, warga Malaysia turut mengambil kisah dengan isu semasa yang berlaku serta menginsafi apa yang telah terjadi. Sesungguhnya isu gejala sosial yang berlaku ini merupakan satu cabaran besar untuk ditangani. Semua pihak sama ada kerajaan, ibu bapa, pendidik atau masyarakat awam hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam isu yang semakin serius ini.

Dalam usaha membanteras peningkatan kes-kes maksiat di negara ini, kita harus menggerakkan sukarelawan agar kebersamaan mereka dapat membantu menangani gejala ini dengan lebih berkesan.

Monday, January 10, 2011

anjakkan paradigma anda




Video ini adalah overview ringkas yang mampu untuk membuatkan kita mengimbau kembali sejarah kebangkitan Islam, sejarah di waktu kita sebagai kaum Muslimin gilang gemilang dan juga realiti kejatuhan Islam.

tonton dan amatilah.... (cewah)


sambungan nye..jangan bosan nak tengok pulak...



so, macam mana??? tepuk dada, tanya iman...
sama2 lah kita ambik seberapa banyak untuk manfaat diri kita...insyaAllah

p/s: asif 'ala kulli hal... if there is something wrong, nasehah-menasehah la sesame kita..
syukran byk2 =)

Saturday, January 8, 2011

Hakikat Jalan

Kita sudah yakini jalan ini sebagai jalan kita. Jalan yang kita lalui ini sudah kita yakini dengan sepenuh hati kita sebagai satu jalan yang pasti. Kita sudah yakini tugas kita adalah untuk membawa ummat kepada janji Allah!!

Jalan ini kita yakini sebagai satu-satunya jalan untuk mencapai redha Allah. Kita sudah melihat bahawa apa yang ingin dibawa oleh jalan ini adalah untk membentuk ummat Islam yang benar-benar ummat Islam yang mampu menjadikan Islam sebagai Ustaziyatul Alam. Yang punya kualiti yang mantap. Yang punya jiwa yang tegar. Yang punya keberanian yang tegap teguh.

Dan sudah kita lihat dan alami sendiri yang kita pernah dididik dengan sistem yang bukan sistem Islam.Atau hanya celupan sistem Islam. Dan setelah itu kita telah ,dengan izin Allah, memilih untuk berada dalam Islam yang benar. Bernafas dalam jalan Islam. Melangkah dalam Islam. Bercakap dalam Islam.

Dan kita gembira dengan perubahan yang kita ambil.Dengan revolusi yang kita ambil.Kita gembira dengan perubahan kita.Pada muamalah dan pergaulan.Pada akhlak dan sikap.Pada keberanian dan kesungguhan.Pada iktikad dan prinsip.Pada pergerakan dan organisasi. Kita sudah melihat perubahan yang aneh tetapi indah pada diri kita dan kita ingini kebaikan ini untuk semua.

Apa yang kita lakukan bukanlah perkara yang kecil dan remeh.Bahkan inilah perkara yang besar.Kita ingin membentuk ummat yang mantap dan menyampaikan Islam itu kepada semua.Apa yang kita lakukan bukan hanya ibadat khusus seperti solat dan lain-lain.Tetapi apa segalanya yang kita lakukan adalah ibadat. Dari kita bernafas,bercakap sehinggalah keinginan kita untuk membentuk sebuah negara Islam,membangunkan khalifah serta menjadikan Islam sebagai Ustaziyatul Alam adalah satu ibadah yang besar.

Tetapi semua itu perlu bermula dengan asas yang kukuh.Asas yang bermula dari kelompok-kelompok yang punya visi dan misi yang sama.Yang bergerak dengan aturan dan saf yang sempurna dan terarah. Yang punya kekuatan secara jama’i bukan anani..

Segalanya bermula dengan kelompok-kelompok itu yang punya kesedaran bahawa hanya untuk membawakan ummat kembali kepada yang haq hanya lah dengan jalan ini.Yang punya keinginan yang kuat yang sama seadanya.Yang punya keyakinan pada jalan ini.

Ya Ikhwah..kitalah penggeraknya..

Dalam kita menjalani jalan ini, amatlah bohong dan satu penafian jika kita mengatakan tiada cabaran yang kita hadapi.

Amatlah dangkal kalau kita katakan jalan ini amat mudah, amat senang.

Tidak ada cabaran. Tidak ada kekangan. Tidak ada tekanan.

Wahai Ikhwah dan Akhwat..

Ingatlah!! Ingatlah pada janji Allah ….

al-ankabut 2-3

Al-Ankabut 2-3: 2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.

Telah jelas Allah mengatakan bahawa keimanan itu akan disertakan dengan ujian. Jalan ini juga akan disertakan dengan ujian yang berat. Akan datang saat ujian yang amat berat untuk kita. Adakah kita akan bertahan??

Ujian itu adalah cara Allah untuk melihat sejauh mana kita tegar untuk membawa kalimah Nya..

Ujian Allah itu dalam macam-macam bentuk. Allah sudah perlihatkan kita pada kitab Nya yang suci yang kita jadikan sebagai panduan kita. Kisah bangsa-bangsa terdahulu yang menentang nabi-nabi mereka yang membawa kebenaran.

Kita telah lihat bagaimana ujian yang diberikan kepada pemuda-pemuda Kahfi sehingga mereka terpaksa lari demi menjaga dakwah itu sendiri :

al-kahfi  4

14. dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan Kami ialah Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan Yang lain dari padanya; jika Kami menyembah Yang lainnya bermakna Kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh dari kebenaran.”

Lalu Allah memberikan mereka kekuatan dan keberanian untuk dakwah mereka. Dan ketika mereka bangkit dari tidur setelah ditidurkan oleh Allah, mereka melihat kaum mereka sudah menerima dakwah mereka!!

Mereka terpaksa lari bukan kerna takut.Tetapi kerna dakwah itu sendiri.

Kita lihat juga bagaimana Nabi terdahulu seperti Nabi Hud,Shaleh,Nabi Musa dan Isa,Nabi Zakaria dan Nabi yang lain nya. Mereka ditentang dengan tentangan yang dahsyat. Bahkan justeru tentangan itu adalah harga nyawa mereka sendiri.

Kita lihat juga junjungan kita, dalam membawa dakwah baginda yang dengan nya kita bernafas dalam Islam pada hari ini.Baginda juga ditentang dengan tentangan yang dahsyat dan kejam. Diuji dengan penyeksaan dan kelaparan. Dilawan dengan pengasingan dan peperangan. Tetapi baginda tetap tegar di jalan dakwah ini.Jalan yang kita cuba ikuti hari ini.

Lalu kita lihat juga pejuang yang tidak jauh dari kita. Al-Imam Hassan Al Banna yang jalan juang dakwah yang dibawakan kepada kita hari ini adalah nyawanya sendiri. Dia ditembak pada dadanya sebanyak dua kali yang kemudian meragut nyawanya.

Lihat pula Zainab Al-Ghazali. Kehidupan nya adalah kehidupan penjara. Kehidupannya adalah manifestasi sebuah perjalanan yang dahsyat.Biar dipenjara dan diseksa. Tetap Allah dan Rasul itu utama.

Lihat pula Syed Qutb. Dia memilih kematian yang sejajar dengan buku terakhir yang ditulisnya iaitu Petunjuk Sepanjang Jalan. Dia memilih kematian kerna dakwah sebagaimana Ghulam dalam surah Al-Buruj dalam peristiwa Ashabul Ukhdud.

Lihat pula Mustafa Masyhur. Walau dipenjara.Walau diseksa.Allah dan Rasul itu utama.Jalan dakwah ini utama.Penjara dan seksaan tidak mampu melemahkan mereka.

Dan ramai lagi antara mereka!!

Kerna mereka ingat pada janji Allah!!

A-Fushhilat 33

33. dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”

Mereka pasti bahawa di penghujung nya adalah redha Allah.Mereka yakini untuk jalan ini kerna mereka hanya inginkan redha Allah dan redha Allah itu lah nikmat terbesar bagi mereka.

Mereka tidak takuti akan kematian dan seksaan yang sementara oleh golongan yang menentang.Kerna mereka yakini janji Allah itu pasti.

Lihatlah. Mereka itu pembawa jalan ini.Adakah kita ingin menjadi penonton sahaja??

Kita juga akan mengalami tentangan yang bermacam-macam.

a-baqarah 155

155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar

Maka ujian itu tidak lebih dari untuk melihat siapa diri kita dan potensi kita untuk lebih maju. Mungkin wujud pada kita tentangan dari kata-kata yang menyakitkan. Mungkin wujud tentangan dari pemulauan.Mungkin wujud tentangan dari penyeksaan.Mungkin wujud ujian dari keadaan.Mungkin wujud tentangan dari ketidakfahaman.Kita tidak menyalahkan mereka.Tentangan itu mungkin wujud dari ketidakfahaman dan pengenalan terhadap apa yang kita bawakan. Penentang itu barangkali akan menjadi penyokong yang paling kuat.

Maka ingatlah pesan Allah.Bersabar!!

Dan teruskanlah gerak perjuangan ini.

Itu semua adalah sunnatullah!! Kita sudah yakini ini lah jalan kita. Kita sudah yakini ini yang kita inginkan.

Jika itulah harganya untuk kita,maka itulah harga yang kita akan bayar.Jika itulah apa yang diperlukan untuk jalan ini,itulah yang akan kita berikan.Jika itu apa yang perlu kita jalani,itulah yang akan kita tapaki.

Kerna kita yakin janji Allah itu pasti!!!!

jalan dakwah

jalan dakwah

…………………………………………………………………………………………………….

Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiyyah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yang berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama Islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya Rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan Islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yang Esa

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

Lagu boleh dengar disini: Jalan Dakwah

tegak dan tegar lah!!

Inilah jalan kita!! Inilah jalan yang pasti!!

Wednesday, December 15, 2010

Mengapa solat awal waktu? Apakah kelebihannya?

Saudara,

Apabila azan dilaungkan maka frekuensi azan akan dirambatkan keserata tempat. Frekuensi azan ini akan menjadikan frekuensi sekitar ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Untuk memahami tentang frekuensi, sila rujuk artikel frekuensi yang saya jelaskan sebelum ini di sini.

Mari bersolat DI AWAL WAKTU secara BERJEMAAH

***

Saudara,

Air merupakan salah satu makhluk Allah yang mampu untuk menurunkan frekuensi gelombang otak ke alpha dengan cepat. Kerana itu apabila kita berada di dalam keadaan marah, kita diminta untuk mengambil wudhuk agar kita menjadi tenang.

Begitu juga jika anak menangis. Kita boleh sapukan dengan air sambil meminta izin pada Allah dan berkomunikasi dengan air itu sendiri. Air juga makhluk Allah dan kita meminta bantuan air sepertimana kita meminta pada manusia. Ingatlah semua benda di dunia ini adalah makhluk Allah. Milik Allah.

Juga lagi jika kita berada di dalam keadaan stress akibat kerja yang banyak atau juga stress kerana study (baik untuk mereka yang sedang membuat PhD), minumlah air yang banyak. Air boleh menenangkan stress.

Mohonlah agar diberi ketenangan daripada Allah kerana Allah adalah pemilik kepada air dan diri kita. Mohonlah juga kepada air atas hubungan sesama makhluk iaitu kita dan air.

***

Berbalik kepada solat awal waktu. Apabila azan dilaungkan maka azan tersebut mampu menurunkan frekuensi persekitaran ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Apabila kita mengerja solat ketika ini dan ditambah dengan adanya wudhuk, maka frekuensi fikiran kita akan mampu turun sampai ke tahap theta ataupun sekurang-kurangnya alpha yang paling bawah (deep alpha). Ketika ini pastinya menjadi mudah untuk mencapai tahap khusyuk.

Deep theta + Alpha = theta atau deep alpha

Jika kita solat di tengah atau di akhir waktu, maka tenaga frekuensi azan ini telah berkurangan dan mungkin sudah habis. Maka agak sukar sedikit untuk mencapai tahap theta tersebut.


Jika kita bersolat di masjid atau surau secara berjemaah, maka lebih kuat frekuensi thetanya kerana dari masjid dan suraulah azan dilaungkan. Sebab itu kita lebih mudah mencapai tahap khusyuk jika bersolat di masjid atau surau di awal waktu. Maha Besar Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak ada sia-sianya.

***

Saudara,

Marilah kita berkomunikasi dengan Allah meminta agar kita sentiasa bersolat di awal waktu. Jika kita malas, atau ada lagi kerja yang ingin dilakukan, maka berkomunikasi dengan Allah dengan memohon keizinan untuk solat lewat waktu.

“Ya Allah, aku ingin buat kerja dahulu ya Allah. Aku ingin siapkan sedikit sahaja lagi kerja ini. Aku minta kebenaran padaMu ya Allah. Izinkan aku solat lewat”.

PERCAYALAH. Pengalaman saya berkomunikasi dengan Allah sedemikian rupa TIDAK akan membawa kepada apa-apa kejayaan. Hati dan jiwa saya serta tubuh saya secara automatik akan bangun dan terus mengambil wudhuk untuk mengerjakan solat. Permohonan saya untuk lewat solat sentiasa menemui KEGAGALAN.

***

Semoga Allah sentiasa melimpahkan ilmunya kepada kita semua. Ameen.



Tegurlah secara berHiKMAH (“_)

Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas daripada membuat silap.Justeru, kita harus lebih bersedia menerima kekurangan dan kelemahan diri.

dalam surah An-Nahl- ayat 125,
ALLAH s.w.t ada berfirman, bermaksud:
“ Serulah kepada jalan TuhanMu dengan berHiKmah dan pelajaran yang baik dan BANTALAH
mereka dengan cara yang baik. Kata-kata HiKmah adalah yang terpilih, yang paling utama di antara yang baik. orang yang berDAKWAH, menyeru dengan HiKMAH adalah orang yang menyeru dengan cara terBAiK di antara cara yang BAiK, termasuk ketika memberi KRiTiKan ”.

Oleh hal demikian, tegurlah secara lembut, bijak dan berHemah agar tidak melukakan hati seseorang, yang menyebabkan dia merajuk, tidak bertegur sapa dan mungkin boleh memutuskan silaturrahim.

Berikut panduan berguna yang boleh diikuti sewaktu mahu menegur atau mengkritik seseorang atau sahabat

1.Perhatikan situasi dan masa yang sesuai sebelum menegur
2.jangan mengkritik jika seseorang
atau ana fokus kat sini (sahabat) ketika sedang marah, letih, lapar dan dibebani masalah.
3.Gunakan kata-kata sopan dan halus.
4.Berikan pujian dan penghargaan professional sebelum mengkritik.
5.Hindari menegur di depan umum termasuk di hadapan ibu bapa dan anak ( untuk yang sudah berpasangan) atau sahabat yang lain.
6.jangan terlalu sering mengkritik.
7.Menegur bukan beerti melepaskan geRAM, jadi JANgan mengkritik dan meMARAHi seseorang atau sahabat kerana kesalahannya.
8.Redakan dulu kemarahan kita dan kalau sudah reda, barulah menegur atau mengkritik....


salam maaf buat semua sahabat ku...