rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Wednesday, December 15, 2010

Mengapa solat awal waktu? Apakah kelebihannya?

Saudara,

Apabila azan dilaungkan maka frekuensi azan akan dirambatkan keserata tempat. Frekuensi azan ini akan menjadikan frekuensi sekitar ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Untuk memahami tentang frekuensi, sila rujuk artikel frekuensi yang saya jelaskan sebelum ini di sini.

Mari bersolat DI AWAL WAKTU secara BERJEMAAH

***

Saudara,

Air merupakan salah satu makhluk Allah yang mampu untuk menurunkan frekuensi gelombang otak ke alpha dengan cepat. Kerana itu apabila kita berada di dalam keadaan marah, kita diminta untuk mengambil wudhuk agar kita menjadi tenang.

Begitu juga jika anak menangis. Kita boleh sapukan dengan air sambil meminta izin pada Allah dan berkomunikasi dengan air itu sendiri. Air juga makhluk Allah dan kita meminta bantuan air sepertimana kita meminta pada manusia. Ingatlah semua benda di dunia ini adalah makhluk Allah. Milik Allah.

Juga lagi jika kita berada di dalam keadaan stress akibat kerja yang banyak atau juga stress kerana study (baik untuk mereka yang sedang membuat PhD), minumlah air yang banyak. Air boleh menenangkan stress.

Mohonlah agar diberi ketenangan daripada Allah kerana Allah adalah pemilik kepada air dan diri kita. Mohonlah juga kepada air atas hubungan sesama makhluk iaitu kita dan air.

***

Berbalik kepada solat awal waktu. Apabila azan dilaungkan maka azan tersebut mampu menurunkan frekuensi persekitaran ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Apabila kita mengerja solat ketika ini dan ditambah dengan adanya wudhuk, maka frekuensi fikiran kita akan mampu turun sampai ke tahap theta ataupun sekurang-kurangnya alpha yang paling bawah (deep alpha). Ketika ini pastinya menjadi mudah untuk mencapai tahap khusyuk.

Deep theta + Alpha = theta atau deep alpha

Jika kita solat di tengah atau di akhir waktu, maka tenaga frekuensi azan ini telah berkurangan dan mungkin sudah habis. Maka agak sukar sedikit untuk mencapai tahap theta tersebut.


Jika kita bersolat di masjid atau surau secara berjemaah, maka lebih kuat frekuensi thetanya kerana dari masjid dan suraulah azan dilaungkan. Sebab itu kita lebih mudah mencapai tahap khusyuk jika bersolat di masjid atau surau di awal waktu. Maha Besar Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak ada sia-sianya.

***

Saudara,

Marilah kita berkomunikasi dengan Allah meminta agar kita sentiasa bersolat di awal waktu. Jika kita malas, atau ada lagi kerja yang ingin dilakukan, maka berkomunikasi dengan Allah dengan memohon keizinan untuk solat lewat waktu.

“Ya Allah, aku ingin buat kerja dahulu ya Allah. Aku ingin siapkan sedikit sahaja lagi kerja ini. Aku minta kebenaran padaMu ya Allah. Izinkan aku solat lewat”.

PERCAYALAH. Pengalaman saya berkomunikasi dengan Allah sedemikian rupa TIDAK akan membawa kepada apa-apa kejayaan. Hati dan jiwa saya serta tubuh saya secara automatik akan bangun dan terus mengambil wudhuk untuk mengerjakan solat. Permohonan saya untuk lewat solat sentiasa menemui KEGAGALAN.

***

Semoga Allah sentiasa melimpahkan ilmunya kepada kita semua. Ameen.



Tegurlah secara berHiKMAH (“_)

Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas daripada membuat silap.Justeru, kita harus lebih bersedia menerima kekurangan dan kelemahan diri.

dalam surah An-Nahl- ayat 125,
ALLAH s.w.t ada berfirman, bermaksud:
“ Serulah kepada jalan TuhanMu dengan berHiKmah dan pelajaran yang baik dan BANTALAH
mereka dengan cara yang baik. Kata-kata HiKmah adalah yang terpilih, yang paling utama di antara yang baik. orang yang berDAKWAH, menyeru dengan HiKMAH adalah orang yang menyeru dengan cara terBAiK di antara cara yang BAiK, termasuk ketika memberi KRiTiKan ”.

Oleh hal demikian, tegurlah secara lembut, bijak dan berHemah agar tidak melukakan hati seseorang, yang menyebabkan dia merajuk, tidak bertegur sapa dan mungkin boleh memutuskan silaturrahim.

Berikut panduan berguna yang boleh diikuti sewaktu mahu menegur atau mengkritik seseorang atau sahabat

1.Perhatikan situasi dan masa yang sesuai sebelum menegur
2.jangan mengkritik jika seseorang
atau ana fokus kat sini (sahabat) ketika sedang marah, letih, lapar dan dibebani masalah.
3.Gunakan kata-kata sopan dan halus.
4.Berikan pujian dan penghargaan professional sebelum mengkritik.
5.Hindari menegur di depan umum termasuk di hadapan ibu bapa dan anak ( untuk yang sudah berpasangan) atau sahabat yang lain.
6.jangan terlalu sering mengkritik.
7.Menegur bukan beerti melepaskan geRAM, jadi JANgan mengkritik dan meMARAHi seseorang atau sahabat kerana kesalahannya.
8.Redakan dulu kemarahan kita dan kalau sudah reda, barulah menegur atau mengkritik....


salam maaf buat semua sahabat ku...





Hari yAng PasTi...

Suatu hari

Hari yang tidak ku tahui akan tibanya

Hari yang tersangat hampir dengan diriku


Saat itu...

Ku tinggalkan segalanya

Meninggalkan ibu dan ayah

Meningglkan sanak saudara

Meninggalkan sahabat karib

Meninggalkan segala mehnah dan kenikmatan dunia


Pergi seorang diri

Tanpa ada jaminan

Hanya mengharap belas Yang Maha ESA

Hanya mengharapkan kesudahan yang baik

Berehat dengan 'salimnya'

Walaupun diriku tidak behak mengecapinya


Oh...

Nikmatnya cinta Allah

Indah sungguh hidup bersama NYA

Pulangkanlah aku ke jalan yang lurus

Dengan niat yang lurus

'LILLAH AZZA WAJALLA'...


Monday, November 29, 2010

18 TANDA EGO














18 TANDA EGO....

Some info to share with all of u..ini adlh salah satu drpd tajuk2 tzkirah yg disampaikan oleh ahli2 majmuah.. harap boleh ambil manfaat wlupn sdkt..

1. Diberi jawatan rasa terhibur.
2. Tidak terlantik rasa tidak tenang.
3. Kalau dia seorang pemimpin, arahan dia selalu kasar.
4. Kalau dia seorang pengikut, susah mahu taat.
5. Mudah marah, cepat melenting.
6. Emosional, mudah tersinggung apabila ditegur.
7. Suka berkawan dengan orang bawahan supaya diriya nampak lebih tertonjol.
8. Susah menerima pandangan orang lain.
9. Dalam majlis tidak senang orang lain memberikan pandangan.
10. Dalam majlis mudah memotong cakap orang lain.
11. Suka hanya pandangannya sahaja diterima.
12. Suka mempamerkan diri sendiri daripada memperkenalkan pemimpin dan jemaah.
13. Tidak suka orang lain disayangi melebihi daripadanya.
14. Tidak suka orang lain dapat tumpuan lebih daripadanya.
15. Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain.
16. Bercakap dengan suara tinggi, tidak boleh dicabar pasti tercabarnya.
17. Menunjuk gagah walaupun banyak kelemahan pada dirinya.
18. Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain daripada anggota jemaah sendiri supaya tidak terlalu terikat dengan disiplin jemaah dan terserlah kesempurnaan diri.

Utk mencpai kesempurnaan diri adlh sesuatu yg mustahil.. namun brada pd level yg sama tdk m'bntu diri kita.. kita hendaklah bangkit sahabat2..
ayuh kita brsama m'perbaiki diri utk mnjd yg lbh baik dr sehari ke sehari..

p/s : mohon maaf ats sgala klemahan diri.. =)
insan yg lemah_fs..

Sunday, November 28, 2010

Dua petang di Expo Cheng Ho

2 ptg????~ apakah??

25 11 2010

Di BK

: ok, macam mane? nak gi expo esok ke hari ni?
: esok lah, malam ni kan ada kelas. nanti penat pulak..
: eh, boleh je nak gi sekarang. kite gi terus la.
: jap eh, telefon kawan yg jadi volunteer kat sana jap, kalau2 hari ni ada pape..
: ok, hari ni ade pertunjukan Shaolin Kung Fu Master dan Akrobatik...
: jom, pergi slalu lah, mesti syok... huhu
: ok, set... 2 teksi...

Di Expo Cheng Ho.. (tempat kejadian)

Makan dulu, solat pun dulu jugak.. (habis, sekarang?! huhu)
Jalan punye jalan, jam nak dekat pukul 3 ptg... so, pertunjukan nak mula dah...

: Jom la gi dekat Astaka, nak masuk stadium..
: Astaka dekat mane?
: U go straight and don't belok2... hahahaha

Ok, pertunjukan dah mula...

: Clap ur hand to these handsome boys!!!~
: (mengharap betol org tepuk tgn... hohoho ;D )



(asif, kualiti video x berapa elok... biasa lah, tak mampu lah nak beli kamera mahal2.. huhu)

sedikit perkongsian dari we all untuk u all... enjoy tak?? nak lagi??
(tak nak pun.. haha)


26 11 2010

Pergi lagi Expo... waahhh, memang kaki jalan betul la diaorang ni.. (kaki memang utk jalan pun an, huhu)
Kali ni, kita gi tengok pameran pulak... jom pusing2 semua pameran...


View dari jauh...


Depan China Pavillion...


fokus kat pedang tu... pedang betul tau...

Alkisahnya....
: can i???
:oh, boleh2...
: laaa, boleh cakap melayu ghupenye..haha





: nak gi pameran psl Cheng Ho plk...
: adoyai, penat nye...
: xpe2, jom sambung lagi.. ada banyak lagi oh... :D






Al-Qur'an terpanjang...



Al-Qur'an bertatahkan emas...
tak de security pun.. :O wow!!!


Ni dia Cheng Ho kita.. amacam?? ada berani??~ hoho





Ok, macam mane.. boleh la kan... huhu.. benda berharga yang kami dapat, ilmu dengan pengalaman.... memang best giler lah.. penat tu belakang kire lah... cewah, hoho...

Subhanallah, moge setiap langkah kite mendapat Mardhatillah..insyaAllah...

Untuk gambar atau info yang best pasal Expo ni, boleh la tekan kat sini , kat sini pun boleh jugak.



p/s: sedikit perkongsian tentang aktiviti muslimat majmuah ni.. asif jika ada kekurangan..
syukran jazilan =)

Friday, November 26, 2010

Tak kenal, maka tak CINTA

waaahhh, tengok tajuk dah rasa dup dap dup dap... ape ni??? hehehe takpe2 , baca dulu...

Bagi salam dulu, Assalamualaikum w.b.t...
Rasa berdebar pulak bila nak usik blog ni.. almaklumlah, dah berhabuk, bersawang, bersarang burung, ya Salam, sarang lebah pun ade, ehhh.... hehehe macam mana nak kemas ni???
Kita mula dari awal lah.. mesti ramai yang tertunggu2, apa dah jadi dengan majmuah ni kan..
(ada ke yang tunggu sebenarnya... huhu)

Kita mulakan dengan sesi perkenalan bersama orang2 kuat majmuah ni..

Yang sangat Bahagia Mas'ul kita
Mohd Shauqi

turut Bahagia Mas'ulah kita
Norwahyuni

Yang sentiasa
Setia dan berusaha
Syed Zain Abhar

juga setia bersama kita
Fadhilah

Yang mengutip dan menjaga juga mengurus
Duit kita,
Anwar

turut dibantu oleh
Nor Afifah

Yang cemerlang dalam Akademik
Muhammad Nabil

juga cemerlang
Fatin Syahida

Yang sentiasa mengisi Kerohanian kita
Wan Muhammad Idris

turut diisi oleh
Samihah

Yang selalu ada untuk menjaga Kebajikan kita
Ahmad Za'im Sabirin

juga dijaga oleh
Halimatus Saadiah

Yang celik Multimedia
Muhammad Hilmie

juga yang baru nak celik

Khadijah

turut yang baru nak tercelik

Maisarah


ok, macam mana?? terasa nak bercinta tak??? haaa.... ehh, masing2 dah fikir lain, kan ada pepatah yang kata, " tak kenal, maka tak cinta" , jadi kan dah kenal, boleh la bercinta =D ... ok, bergurau dan bercanda saje... hehehe ( -.-' , ok, cukup merepek)

Apa, nak tengok gambar??!!! kejap eh, upload dulu...
......................loading.........................
.......tuuuuuuuttttttttt...... gambar kami tak boleh disiarkan,
sebab gambar kami sangat mahal...hohoho (artist la katekan...)

adoih, stuck pulak... maaf lah, bukan tak nak bagi tengok, gambar tu yang tak nak keluar... kami dah paksa, dia tak nak keluar jugak... heisyyy, tak de rezeki lah nampaknye... tak pe2, lain kali cuba lagi....chaiyo'!!!~



Sokonglah kepimpinan baru kita!!!~

Terima kasih tidak terhingga kepada mantan orang2 kuat majmuah 1 sem 1...
Jasamu sangat dikenang, hanya Allah yang dapat membalas, InsyaAllah...

Sejuta kemaafan dipohon andai banyak kesilapan yang meninggalkan kesan pada majmuah 1 sem1 - mantan org kuat =)

p/s: asif jika ada kekurangan... tegorlah kalau ade something wrong... ok
syukran jazilan =D

Saturday, November 6, 2010

Sem 2 : Fasa Perubahan


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.....

Apa khabar sahabat2 semajmuah..... Harap2 semua sihat deh....
Nampaknya lama dah kita tak jenguk blog kita nie....
Jom kita sumbangkan sedikit usaha kita untuk kebaikan islam....
Boleh kan??

InsyaAllah start esok kita akan mulakan pengajian kita di Sem 2....
Harap2 sahabat2 semua bersedia untuk belajar ye.....
semua rajin2 kan....
Kalau tidak kita tak masuk majmuah satu la kan!!

Dan di sini ana listkan antara subjek yang akan kita ambil di sem 2 nie....

Ulum Quran
Asas Komputer
Kemahiran Quran 2
Matematik 1
Bahasa arab 2
Bahasa Inggeris 2

Itulah sahaje yang akan kita ambil sem nie.....
Sikit je.....

Nampaknya tak banyak sangat subjek yang kita kena hafal....
So??
Buat yang terbaik.....
Selagi kita ada masa.....

Insya Allah doakan kejayaan kita bersama.....

Mohd shauqi- Majmuah 1 6/11/2010



Saturday, August 21, 2010

Sebelum... Fikirkan...


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Monday, August 16, 2010

Ya Habibati

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.

Suasana di Padang Masyhar

Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,

"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul,
berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."


Jawab Nabi Muhammad saw,

"Aku akan tolong kamu semua."

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.
Aku akan kabulkan permintaanmu."


Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,

" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."

Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?

Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita?



Tuesday, August 10, 2010

Rindunya aku padanya

Ya ALLAH...

Rindunya aku padanya..

Antara dua belas yang kukenal..

Dia yang paling istimewa..

Sungguh istimewa..

Tidak kunafikan..

Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..

Adakah dia rindu untuk menemuiku?..

Rindukah dia kepadaku?..


Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..

Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..

Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..

Terkadang hatiku tidak tulus..

Sedangkan dia Kau kurniakan..

Dia yang Engkau tentukan..

Yang mentarbiyah aku..

Mendekatkan diriku

padaMu Ya ALLAH..

Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..

Membersihkan hatiku dari noda yang silam..

Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..

Berdosanya aku...



ALLAH Ya Rahim...

Ampunilah aku..

Berikanlah aku peluang kali ini..

Untukku membetulkan apa yang aku silap..

Menampal mana yang terkoyak..

Aku rindukan dia Ya ALLAH..

Ramadhan...


1o o8 1o

09 08 10

(
pagi, di kelas)

: esok kite pakai jubah ye semua! :D
: nak kaler ape?
: tak kesah, tapi asalkan jubah la ye! hmm lepas tu, kite gi jalan2 kat KB nak? makan mewah2? hahaha yela, sebelum masuk bulan Ramadhan nanti.
: ok, setuju! set! lepas zohor...

(
malam nye)

: hmm tak janji la boleh keluar ke tak... sebab kami ada banyak kerja nak kene siapkan...
: tak pe lah, kite kelua jugak, sekali je, bukan selalu pun..
: tengok la macam mane nanti...

10 08 10

(pagi, di kelas)


: kami tak rasa ya
ng kami boleh keluar...

sesorang ber'mesej' dengan seseorang sedang waktu kalam... ;p
: macam mane ni, ade 2 orang tak dapat nak keluar..
: kite pergi ber6 je lah.. tak pe lah..
: nak gi naek teksi? bas? satu teksi 3 orang?


: kite keluar sekejap je. pergi lps zohor, balik lepas asar.. nak gi makan2 je.. lepas tu, kite balek la..
: hmm.. macam mane ye -.-' hmm ok la, tapi sekejap je tau.. :D

setelah banyak dugaan yang ditempuhi (yeke?!! -.-' ), akhirnya kami berjaya mendapat kata sepakat untuk keluar sama2 ke KB Mall... (wohoo!!! :D)

(ba'da zohor)

kami bergerak
ke KB Mall dengan teksi yang dapat kami tahan di depan kolej... sesampainya di sana,

: kite pecah dulu, lepas tu, pukul 4 kite kumpul untuk makan sama2.
: ok bos! :D

( pukul 4 pt
g)

calling...

: korang kat mane ni?
kami da ada di ****
: ok, kami on the way!

di ****

: nak makan ape ni?
: kite order *** dengan *** dan *** and *** wa ***.......
: ok....





alhamdulillah, (allahumma j'alna minal hamidin) selesai makan kami terus bersegera kembali ke UM....
seronok sangat dapat makan sama2 macam ni... harap nye kite dapat keluar sama2 lagi ye.. terasa macam anak beranak dah kita semua ni, insyaAllah... manisnya ukhuwah ni!!!

syukran kepada semua yang telah menjayakan makan2 ni.. may Allah bless u! Barakallahu fikum!
uhibbuki fillah...

"Barangsiapa yang hendak merasakan manisnya iman, hendaklah ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri”. Di dalam Al Qur’anul Karimpun Allah Azza wa Jalla mengatakan; “Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara.” Maka sudah sepatutnya kita senantiasa meletakkan persaudaraan itu diatas yang lain. Mengutamakan ukhuwah dari kepentingan peribadi adalah ciri orang mukmin yang baik akhlaknya.

wahai anak-anak ku yang tercinta, (
kata umi ;D)
sedikit sharing untukmu yang ku cintai kerana Allah...

Gadisku,

Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang.

Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah

Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu...

Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri




p/s: sharing tentang muslimat hazihil majmu'ah...
salah dan silap harap ditegur dan diperbetul... asif ala kulli hal...
syukran jazilan!

Friday, August 6, 2010

LoGo RuKNu.......

SELEPAS EDIT SEPERTI CADANGAN 'GUEST' DALAM KOMEN.....


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh......

Alhamdulillah akhirnya siap jugak logo Ruknu untuk Majmuah Kita.....
(dah pukul berapa nie??)
3:15 AM... x pe2 sabar...
Tadi wat istima'... so lambat sikit....

Apa-apa pun...
Kritikan sangat diharapkan.....

_AlYaMaNi PRoDucTioN_

Kau bakal tiba

salaamun salaam...

Kami tunggu tetamu agung,
Kami menanti datangnya,
Pasti peluang datang menggunung,
Ya Rab, sampaikan kami padanya.



Dia akan datang, dia bakal tiba. Tidak lama lagi, hanya menunggu masa. Kami haru dalam teruja, bersyukur! Bersyukur kerna masih berpeluang untuk menanti tibanya dia, yang lama sudah kami tunggu, sejak peninggalannya dahulu.

Berbahagialah, kerna Tuhan kirimkan dia bersama-sama kasih dan cinta-Nya. Sambutlah dia, dakap erat tiap satu peluang yang ada padanya, rebut dan kejarlah. Hayatilah, tandangnya yang seketika- pejam celik nanti, dia sudah mahu pergi. Redalah, relakan tarbiyyah Tuhan menyentuh hati, moga menyuci dan terang sanubari. Cintalah, jangan dianggap datangnya dia sebagai beban yang memberat,panasnya menyengat, siangnya penat tapi ketahui, padanya jutaan berkat!

و بلغنا رمضان...

Ya Rabb, kami mohon disampaikan umur untuk bertemu dengannya. Izinkan kami merasa lagi lembut dan hangat kasih-Mu yang indah, melakar laluannya. Izinkan lagi, kejernihan nan dingin malam-malamnya mengusap wajah kami bersama-sama doa tulus pada-Mu. Moga penantian menemukan, bukan lagi mimpi yang entah mungkin atau tidak. Terima kasih, ya Rabbanaa… maka kami yakin akan Kau datangkan yang terbaik jua buat kami.
Jadi, sudah bersedia mahu sambut dia?

Ballighnaa yaa Rahmaan, ila Ramadhaan
Allahu a’lam



Kami amat merinduimu, ya RAMADHAN~

Monday, August 2, 2010

Hikmah dari perasaan anugerah Allah....

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarokatuh......
Apa khabar sahabat2.... harap dalam keadaan sihat selalu.... Ye lar.... kerja banyak kan??....
Mana tau ada yang sakit ke??... Ada yang tension ker?? dan macam2 lagi lar....
Sahabat2 jangan risau..... Yakinlah apa yang kita buat tu semuanya ibadat kepada Allah....
Betul ke???
Jawapannya betul dan boleh jadi salah......
Semua terletak pada kita macam mana kita menilai kerja kita yang banyak tuh...
Jadi caranya... jom kita menganggap kerja kita itu adalah untuk islam.... Insya Allah !!!
apa2 pun alhamdulillah assignment tauhid dah hantar.....(rasa lega sikit)


Sebenarnya penulis sendiri masih memikirkan 'gapo' yang nak ditulis nih!!....
tolong bagi idea jap......

(ok2.... dapat dah)

Penulis nak cerita pasal kelas majmuah satu nih..... sedih taw dak!!
Sedih lar sebab ramai yg dah keluar dari majmuah nie..... Kalau hitung bilangan pelajar yg asal ada 26 orang..... Tau dak sekarang jadi berapa???
15 ja....

Tambah sekarang nie yang lelaki tinggal tujuh orang..... Asal ada sembilan....
Zahid pulak baru je keluar hari Ahad hari tu...... (T_T)...
Tak apalah kalau itu impian dia......


Tak sangka hari tu kami bukak puasa jamaie majmuah satu di Tesco adalah kali terakhir dengan dia di sini.... [(T_T) semakin sedih.......]

Disebabkan bilangan kami sedikit.... ini menyebabkan effect kepada beberapa kerja yang perlu dilakukan... Ye lar... sekarang nie istima' pun terganggu sebab zahid dah pindah.....

Namun.... Ku yakin di situ ada hikmah yang tersembunyi yang tidak lama lagi ku akan singkapkan... (Aduh! bermadah lar pulak)

Tak lupa jugak pada kawan kami Syafiq.... Walaupun baru tiga minggu kenal tapi ikatan ukhwah cam kenal dah 3 tahun.....

Sebenarnya ana dah kenal lama dah syafiq nih..... [(T_T) semakin bertambah sedih.....]
Ye lar kami sama2 satu cawangan sekolah.....
Yang kami rapat tu pasal kami jumpa dalam sukan MASSAK.... kami wakil Maahad.....

Pokoknya, kami sedih dengan kehilangan sahabat2 kami nie.... Akhawat lagi lar ramai keluar....
(sedih jugak..)

Kesimpulan...

1) Alangkah untungnya andai kita dapat jadikan kerja kita yang banyak nie sebagai ibadat.... ye lar mesti banyak pahala kan.....(nie huraian dari yg atas sekali tuh)

2)Ayuh berfikir positif terhadap kelas maj 1 yang semakin berkurangan nie (ana pun x pasti lg)..... Mesti ada hikmahnya yang banyak.... ok.. sama2 pikir ok......

Nampaknya penulisan sampai sini... satgi ada kelas BI....

(Minta maaf andai tulisan ini menyinggung mana2 pihak.... ketahuilah penulis memang tidak berniat untuk itu... dan juga minta maaf seandainya tulisan tidak difahami atau bersifat berat sebelah atau sebagainya.... Ayuh sama doakan agar UM akan terus melahirkan golongan Ulama' professonal... Ameen...)

Wednesday, July 28, 2010

sedikit coretan

assalamuailkum jami'an...
Hmm... maseh rase terkesima dgn kehilangan seorang lg rakan majmuah kite.... ceria orang nye, malu2 je kdg2 org nye.... hmm pemergian nye ke ipg mmg tak disangka2...

ni antara coretan terakhir dgn rakan kite ni.... sebelum mid term break baru2 ni...
  • kelek daa??? huhuhh awal bonar..
  • haha3...slmat tinggal semua...pmergian ku xkan kmbali lg..huahua..cewah sdih nyer..
  • cewah ayat die..huuhuh
hmm waktu cuti tu, dpt mesej dri rakan kite ni....
  • apa yang oghe ckp waktu tu, betol la... pemergian ku tak kan kmbali lg... oghe dpt maktab, parent oghe suruh pergi....
  • eiyt, biar betol? maktab mane?.... betol2 la ni, jgn main2...............
lebih kurang camni la cerita pemergian rakan kite ni....

sebelum ni, kami dah kehilangan afiqah, asmaa', zhafirah, zehani, izza, nadhirah, khairizan, aini...dan yang terbaru nik farah hana...

apa??? 9 orang, ramai nye... hmm tapi tu lah hakikatnye...



hari ungu sedunia... :D
tinggal lah kini hanya 8 orang... waaa....

pada pukol 9.15 mlm, 28 julai 2010, kantin a.k.a dwn makan menjadi saksi kpd liqa' kami...


mulanya, kami hanye membincangkan tentang maklumat terkini dan sebagainya...
tiba2, tercetus idea untuk melakukan sarohah (terus terang) ataupun kritikan membina...

antara objektif yang nak di capai adalah, merapatkan ukhuwah, mengurangkan jurang antara kami semua, mencapai keserasian yang baik, mengenali ahli majmuah dgn lbh baik dan yang berkaitan dengan UKHUWAH...


semua meluahkan apa yang terbuku dlm hati... walaupun maseh ade yang menyimpan.. xpe, kami tak memaksa... ada yang menangis (waaa, yeke?!! apa korang buat sampai nanges2 ni?)


setelah selesai sarohah ni, kami pun bermaafan ( macam hari raya tuh... ;p)
bile balek bilik, rasa tenang sangat hati, seronok.... manisnye ukhuwah ni..huhuh

terbaca pulak satu artikel ni, dan nak kongsi same2 kite semua

(di petik dari blog majmuah7)


UKHUWAH…….. Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan… Ukhuwah… Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut… kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah… ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH…… Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami…

Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan…. sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat… ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.

Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga… sahabat….

sabda Rasullulah S.A.w..”umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim..”

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

sahabat.. Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya’nya yang suci dan bersih.

sahabat… Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..


Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah…perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan. sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang……………..

Sahabat… ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.

(
untul lebih lanjut, boleh ziarah blog majmuah 7)

Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..

uhibbukum fillah~ manisnye ukhuwah ni...

our friendships creates a beautiful sound in my heart !

p/s... sekadar berkongsi sedikit alkisah tentang muslimat hazihil majmuah

Siapa kita dsisi-Nya

JIKA HATI MASIH KUAT TERARAH KEPADA DUNIA YANG FANA INI,
BERERTI KITA MASIH HINA DLM PENILAIAN ALLAH...


JIKA KITA MASIH DIBIMBANGKAN OLEH MAKHLUK ALAM MAYAPADA INI,
BERERTI PADA HAKIKATNYA KITA BELUM MENGHADAP ALLAH DLM ERTIKATA YG SEBENAR...


JIKA KITA SUDAH MULAI MENGARAH PADA BERAMAL DAN BERIBADAT,
BERERTI SUDAH ADA BANTUAN ALLAH ATAS KITA...


JIKA ILMU PENGETAHUAN AGAMA KITA SUDAH MULAI TERBUKA PINTUNYA BUAT KITA,
BERERTI KITA TELAH DIKEHENDAKI ALLAH UNTUK CENDERUNG KPDNYA...


JIKA KITA SUDAH MULAI SEKALI SEKALA MENYAMPAIKAN ISI HATI KITA PADA ALLAH,
BERERTI PINTU DIALOG ANTARA HAMBA DGN ALLAH TELAH DIBUKA OLEHNYA DAN HAL ITU BERERTI KITA TELAH MULAI MENDEKAT KPDNYA...


JIKA SEKALI SEKALA DICUBA OLEH ALLAH DGN BALA,
BERERTI ALLAH TELAH MMBERI PETUNJUK KPD KITA ASAL KITA BERSABAR TERHADAPNYA...


JIKA KITA TELAH BERANSUR-ANSUR DAPAT MENGHILANGKAN SELAIN ALLAH DARI HATI KITA,
BERERTI KITA TELAH MULAI DIPIMPIN ALLAH UNTUK BERADAB PDNYA


JIKA KITA TELAH MENERIMA SECARA IKHLAS SEGALA KETENTUAN ALLAH ATAS KITA,BAIK YANG MANIS ATAU YANG PAHIT
BERERTI PINTU REDHA TELAH DBUKAKAN ALLAH BUAT KITA DAN ITULAH PINTU YANG AGUNG,SEMPURNA DAN MULIA


BARANGSIAPA YG INGIN MENGETAHUI BAGAIMANAKAH KEADAANNYA DISISI ALLAH PD SISINYA,KRN BAHAWASANYA ALLAH MENEMPATKAN SI HAMBA MENURUT UKURAN SI HAMBA MENEMPATKAN ALLAH PADA DIRINYA

Tuesday, July 27, 2010

Wujudkan malu dalam hatimu


Semakin jauh kaki melangkah,
Aku menjadi semakin bingung.
Penasaran melihat dunia yang semakin memeningkan.
Ku toleh ke kiri,
Ku melihat kemaksiatan,
Ku toleh ke kanan,
Oh! Di sana ada kemungkaran.

Aku diam membisu,
Jantung berdegup laju,
Hati seakan-akan ingin pecah berderai,
Aku kembali terfikir….
Hilangkah sudah rasa malu di dalam diri?

Minda berputar ligat,
Menjelajah ke beribu tahun yang lampau,
Pada saat Islam di puncak tertinggi,
Wanita-wanita sopan semua,
Lelaki-lelaki beradap segala,
Tolong-menolong menjadi tunggak kekuatan,
Mementingkan diri dijauhi,
Dengki mendengki bukanlah satu tradisi,
Allah menjadi matlamat diri,
Rasululullah sentiasa dirindui,
Solat malam menjadi syarat asasi,
Oh! Aku menjadi semakin malu....

Melihat dunia kini,
Wanita berpakaian seksi,
Lelaki tidak lagi menghormati,
Tolong-menolong dipandang enteng,
Kau hal kau dan aku hal aku menjadi motto diri,
Dengki mendengki adalah satu tradisi,
Allah tidak lagi disayangi,
Rasulullah langsung tidak diingati,
Solat malam tidak lagi menjadi pengetahuan diri,
Oh! Aku semakin malu....

Sahabat-sahabatku,
Ingatlah!
Dunia ini hanyalah tempat persinggahan,
Semailah kebajikan yang boleh menguntungkanmu di akhirat kelak,
Tinggalkan apa yang menghalangi akhirat kamu,
Jangan sakiti insan lain,
Kerana mereka juga punya hak ke atas diri kita,
Dekati Allah kerana bukankah Dia telah berfirman,
‘Jika hambaKu mendekatiku secara berjalan maka aku akan datang kepadanya berlari’
Sayangnya Allah pada kita,
Cuma kita yang tidak tahu menilai diri,
Kelak, kita yang akan rugi..

Sahabat,
Wujudkan rasa malu dalam diri kerana itulah hakikat iman.
Tanpa benteng malu itu, punahlah semua......

Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu (HR Bukhari)

Monday, July 26, 2010

malam ni Nisfu Sya'ban la...

waaa...mlm ni nisfu sya'ban la... tau x semua??


Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.

  • Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
  • Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
  • Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.

Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.

Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:

“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.