rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Wednesday, July 28, 2010

sedikit coretan

assalamuailkum jami'an...
Hmm... maseh rase terkesima dgn kehilangan seorang lg rakan majmuah kite.... ceria orang nye, malu2 je kdg2 org nye.... hmm pemergian nye ke ipg mmg tak disangka2...

ni antara coretan terakhir dgn rakan kite ni.... sebelum mid term break baru2 ni...
  • kelek daa??? huhuhh awal bonar..
  • haha3...slmat tinggal semua...pmergian ku xkan kmbali lg..huahua..cewah sdih nyer..
  • cewah ayat die..huuhuh
hmm waktu cuti tu, dpt mesej dri rakan kite ni....
  • apa yang oghe ckp waktu tu, betol la... pemergian ku tak kan kmbali lg... oghe dpt maktab, parent oghe suruh pergi....
  • eiyt, biar betol? maktab mane?.... betol2 la ni, jgn main2...............
lebih kurang camni la cerita pemergian rakan kite ni....

sebelum ni, kami dah kehilangan afiqah, asmaa', zhafirah, zehani, izza, nadhirah, khairizan, aini...dan yang terbaru nik farah hana...

apa??? 9 orang, ramai nye... hmm tapi tu lah hakikatnye...



hari ungu sedunia... :D
tinggal lah kini hanya 8 orang... waaa....

pada pukol 9.15 mlm, 28 julai 2010, kantin a.k.a dwn makan menjadi saksi kpd liqa' kami...


mulanya, kami hanye membincangkan tentang maklumat terkini dan sebagainya...
tiba2, tercetus idea untuk melakukan sarohah (terus terang) ataupun kritikan membina...

antara objektif yang nak di capai adalah, merapatkan ukhuwah, mengurangkan jurang antara kami semua, mencapai keserasian yang baik, mengenali ahli majmuah dgn lbh baik dan yang berkaitan dengan UKHUWAH...


semua meluahkan apa yang terbuku dlm hati... walaupun maseh ade yang menyimpan.. xpe, kami tak memaksa... ada yang menangis (waaa, yeke?!! apa korang buat sampai nanges2 ni?)


setelah selesai sarohah ni, kami pun bermaafan ( macam hari raya tuh... ;p)
bile balek bilik, rasa tenang sangat hati, seronok.... manisnye ukhuwah ni..huhuh

terbaca pulak satu artikel ni, dan nak kongsi same2 kite semua

(di petik dari blog majmuah7)


UKHUWAH…….. Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan… Ukhuwah… Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut… kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah… ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH…… Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami…

Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan…. sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat… ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.

Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga… sahabat….

sabda Rasullulah S.A.w..”umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim..”

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

sahabat.. Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya’nya yang suci dan bersih.

sahabat… Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..


Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah…perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan. sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang……………..

Sahabat… ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.

(
untul lebih lanjut, boleh ziarah blog majmuah 7)

Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..

uhibbukum fillah~ manisnye ukhuwah ni...

our friendships creates a beautiful sound in my heart !

p/s... sekadar berkongsi sedikit alkisah tentang muslimat hazihil majmuah

Siapa kita dsisi-Nya

JIKA HATI MASIH KUAT TERARAH KEPADA DUNIA YANG FANA INI,
BERERTI KITA MASIH HINA DLM PENILAIAN ALLAH...


JIKA KITA MASIH DIBIMBANGKAN OLEH MAKHLUK ALAM MAYAPADA INI,
BERERTI PADA HAKIKATNYA KITA BELUM MENGHADAP ALLAH DLM ERTIKATA YG SEBENAR...


JIKA KITA SUDAH MULAI MENGARAH PADA BERAMAL DAN BERIBADAT,
BERERTI SUDAH ADA BANTUAN ALLAH ATAS KITA...


JIKA ILMU PENGETAHUAN AGAMA KITA SUDAH MULAI TERBUKA PINTUNYA BUAT KITA,
BERERTI KITA TELAH DIKEHENDAKI ALLAH UNTUK CENDERUNG KPDNYA...


JIKA KITA SUDAH MULAI SEKALI SEKALA MENYAMPAIKAN ISI HATI KITA PADA ALLAH,
BERERTI PINTU DIALOG ANTARA HAMBA DGN ALLAH TELAH DIBUKA OLEHNYA DAN HAL ITU BERERTI KITA TELAH MULAI MENDEKAT KPDNYA...


JIKA SEKALI SEKALA DICUBA OLEH ALLAH DGN BALA,
BERERTI ALLAH TELAH MMBERI PETUNJUK KPD KITA ASAL KITA BERSABAR TERHADAPNYA...


JIKA KITA TELAH BERANSUR-ANSUR DAPAT MENGHILANGKAN SELAIN ALLAH DARI HATI KITA,
BERERTI KITA TELAH MULAI DIPIMPIN ALLAH UNTUK BERADAB PDNYA


JIKA KITA TELAH MENERIMA SECARA IKHLAS SEGALA KETENTUAN ALLAH ATAS KITA,BAIK YANG MANIS ATAU YANG PAHIT
BERERTI PINTU REDHA TELAH DBUKAKAN ALLAH BUAT KITA DAN ITULAH PINTU YANG AGUNG,SEMPURNA DAN MULIA


BARANGSIAPA YG INGIN MENGETAHUI BAGAIMANAKAH KEADAANNYA DISISI ALLAH PD SISINYA,KRN BAHAWASANYA ALLAH MENEMPATKAN SI HAMBA MENURUT UKURAN SI HAMBA MENEMPATKAN ALLAH PADA DIRINYA

Tuesday, July 27, 2010

Wujudkan malu dalam hatimu


Semakin jauh kaki melangkah,
Aku menjadi semakin bingung.
Penasaran melihat dunia yang semakin memeningkan.
Ku toleh ke kiri,
Ku melihat kemaksiatan,
Ku toleh ke kanan,
Oh! Di sana ada kemungkaran.

Aku diam membisu,
Jantung berdegup laju,
Hati seakan-akan ingin pecah berderai,
Aku kembali terfikir….
Hilangkah sudah rasa malu di dalam diri?

Minda berputar ligat,
Menjelajah ke beribu tahun yang lampau,
Pada saat Islam di puncak tertinggi,
Wanita-wanita sopan semua,
Lelaki-lelaki beradap segala,
Tolong-menolong menjadi tunggak kekuatan,
Mementingkan diri dijauhi,
Dengki mendengki bukanlah satu tradisi,
Allah menjadi matlamat diri,
Rasululullah sentiasa dirindui,
Solat malam menjadi syarat asasi,
Oh! Aku menjadi semakin malu....

Melihat dunia kini,
Wanita berpakaian seksi,
Lelaki tidak lagi menghormati,
Tolong-menolong dipandang enteng,
Kau hal kau dan aku hal aku menjadi motto diri,
Dengki mendengki adalah satu tradisi,
Allah tidak lagi disayangi,
Rasulullah langsung tidak diingati,
Solat malam tidak lagi menjadi pengetahuan diri,
Oh! Aku semakin malu....

Sahabat-sahabatku,
Ingatlah!
Dunia ini hanyalah tempat persinggahan,
Semailah kebajikan yang boleh menguntungkanmu di akhirat kelak,
Tinggalkan apa yang menghalangi akhirat kamu,
Jangan sakiti insan lain,
Kerana mereka juga punya hak ke atas diri kita,
Dekati Allah kerana bukankah Dia telah berfirman,
‘Jika hambaKu mendekatiku secara berjalan maka aku akan datang kepadanya berlari’
Sayangnya Allah pada kita,
Cuma kita yang tidak tahu menilai diri,
Kelak, kita yang akan rugi..

Sahabat,
Wujudkan rasa malu dalam diri kerana itulah hakikat iman.
Tanpa benteng malu itu, punahlah semua......

Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu (HR Bukhari)

Monday, July 26, 2010

malam ni Nisfu Sya'ban la...

waaa...mlm ni nisfu sya'ban la... tau x semua??


Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.

  • Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
  • Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
  • Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.

Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.

Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:

“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.


Friday, July 23, 2010

Hatimu milik siapa?



Saat kumerasakan diri ini memerlukan sesuatu
Ku akhirnya sedar bukan itu matlamatku

Saat jiwaku meronta menginginkannya cinta manusia menjadi milikku
Ku sebenarnya lupa itu bukannya matlamatku

Terbuai dalam kelambu cinta
Ku lupa pada yang Esa

Terbuai dalam lagu rindu
Aku sebenarnya semakin pilu
Keliru, sendu

Kerana cinta yang diharap belum pasti
Manusia yang digarap belum tentu mengerti
Maksud hati
Yang masih tersembunyi

Lalu kumatikan dengan igauan mimpi
Dek kerana cinta itu telah pergi
Mati…. Sendiri… tanpa disedari

Jiwa kosong ini berlagu lagi
Kali ini keroncongnya panjang
Gurindamnya berbunga
Qasidahnya baru bermula
Tidak terkira harkatnya

Kini hatiku diketuk lagi
Kali ini iramanya luar biasa
Getarannya bersahut sahutan

Dek pandangan yang saling berlemparan
Lalai dalam ruang waktu aku terkedu
Hanyut dalam ruang masa aku terleka

wahai hati kau mulakanlah bicara
harus ku turut kati hati lalu mati?
Atau ku guna pancaindera lalu binasa?

Imanku berteriak
Nafsuku bergelora
Menerjah lautan taQwa
Merentas samudera qanaah
Menghacurkan tembok ikhtilat

Kadang – kadang ku rasa bersalah
Jarang – jarang ku rasa terseksa

Yang ada hanya gembira
Ceria
Bahagia

Walau diri diulit dosa yang tidak berkesudahan
Walau hati dinoda titik hitam
Walau jiwa hanyut dibuai angan

Aku masih di tapuk lama
Tidak mahu berganjak
Dek seronok dibuai rasa

Namun pedihnya masih terasa
Kerana cinta yang aku rasai
Pastinya belum pasti

Adakah mampu direalisasi
Atau kecundang akhinya nanti
Kelemasan dalam bisikan iman kalbuku terseksa
Sesak dalam rintihan syaitan aku terpedaya

Jangan menipu fitrah………..
batinku mendengarkan hikayatnya

jangan terpedaya rasa
hatiku mengorak bicara

sekali lagi aku keliru
pilu…..

lantas ku usaikan segalanya….
Dengan kebasahan wuduk aku berteleku
Merenung ruang waktu
Mengintai ruang masa

Ah….. terlalu banyak aku membuang masa
Memikir sesuatu yang tidak perlu
Mengharap sesuatu bukan pada masa……

Sayup – sayup azan melagukan rentaknya
Menyusup sayup ke dalam telinga
Menyentuh tangkai hati yang akhirnya berbicara

Inilah kemahuannya
Ketenangan yang abadi
Dengan cinta Rabbnya

Ingin menjadi Ashuq disisiNya
Menyantun rindu dalam ruang legar kekasihnya…………………

Mak!!!!~



Bila seronok,aku cari..pasanganku..
Bila sedih,aku cari..Mak..

Bila berjaya,aku ceritakan pada..pasanganku..
Bila gagal,aku ceritakan pada..Mak..

Bila berjaya,aku ceritakan pada..pasanganku..
Bila berduka,aku peluk erat..Emakku..

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

"Jika kamu menyayangi ibumu, lakukanlah yg sepatutnya sementara dia masih ada"
Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Thursday, July 22, 2010

Hakikat Islam yang Dilupai..( Penuntut UM jangan lupa taw!!)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh....
Pertama sekali ana mengucapkan terima kasih kerana memberikan sokongan pada blog ini ini. Mudah-mudahan semua ini mendapat nilaian di sisi Allah...

Harapan ana apa yang ditulis ini bisa dikongsi bersama sahabat-sahabat di UM khususnya....

Memandangkan kita sedang belajar agama di sebuah akademi pengajian islam yg terulung....
Ada yang ambil usuluddin, syariah, pendidikan islam n Apids
Dengan assignment dan kerja yang banyak....
Program Ihya' ramadan lagi..
tak kira persatuan yang macam2 lagi....

KITA SANGAT TAKUT SEKIRANYA KITA RASA TUGAS KITA CUKUP SEKADAR TU!!

Ayuh ikhwah dan akhawat sekalian, marilah kita sama2 merenung akan beberapa pelajaran yang disampaikan oleh SQ dalam kitab HA.....

Tau dak SQ itu apa????
Haa tau x pa...
Syed Qutb kan....

kitab HA tu apa pulak...
X tau kan???
Haaa kitab (HA) tu adalah kitab Haza Adden...
Minta Maaf andai terlalu ringkas(HA)

Ingin ana titipkan beberapa coretan Syed Qutb tentang beberapa salah faham umat terhadap islam...

Yang asli dalam bahasa Arab....
Ni Pensyarah ana Terjemah...(Masa Kursus lps SPM)
Ka nak yang bahasa arab???
Ana risau antum x faham ja...(Jgn kecik hati pulak)

"Sebahagian dari umat islam menunggu daripada agama ini-setelah mengetahui ia dari Allah- bahawa ia akan bertindak secara SIHRIAH (magik), dan PELIK dan X JELAS SEBAB. Tanpa mengira bahawa ia juga (Islam) adalah i'tibar dari tabiat manusia dan usaha secara fitrah..."

faham tak apa ana tulis nie???
ana tau antum semua bijak..
kan antum semua cerdik....
Kalau tak tak masuk U la kan??

Maksudnya kita hendaklah menjadi manusia yang berkerja untuk menegakkan islam...
Jangan jadi cam sebahagian manusia yang tunggu magik ja.....
faham x tunggu magik ni camna????

Contohnya cam nie... KIta tidor cam besa, (x perlu fahamkan orang tentang apa kerja mereka untuk islam)...
Kita tunggu... dan Tunggu....
Kemudian esok pagi kita bangun tidor dan tengok......

Pemerintahan Najib dah Bertukar kepada Islam....
Dan Najib dah mula mengajar di masjid tentang islam...
Israel dah terhapus....
Palestin hidup cam besa.....
Barat dah pakai sistem islam....
Penjara Abu Gharib dah bertukar jadi masjid...
Pusat judi di Genting dah bertukar jadi Perkuburan Syuhada'
Bandaraya KL dah jadi pusat ulama' berbincang tentang hukum....
Dan banyak Lagi....

Aduh sahabat2.....
Ketahuilah bahawa islam adalah agama fitrah....
Dan ia juga mengikut Fitrah manusia...
Kerana ia adalah manhaj dari ilahi untuk manusia.... (Bukan untuk malaikat)
Ayuh... Teruskan usaha memahamkan adik2 kita dan masyarakat kita bahawa....
Mereka perlu bekerja untuk islam...
Kita juga perlu menggandakan usaha kita untuk islam.....

Allah mengajar kita untuk berusaha cam nabi....

Sahabat2 cuba kita fikir....

Nabi dilempar batu, dilempar najis, diletakkan perut unta ketika solat, berlumuran darah, dibaling batu sehingga baju besi yg dipakai menembusi pipi baginda,
Nabi sanggup dicerca, di hina.....
semua nya atas nama islam...

MANA MUNGKIN KITA SEKADAR MENUNGGU SAHAJA!!!

AYUH!!! FIKIR-FIKIRKANLAH....

Jihad Boikot


Wahai saudaraku,
tahukah kamu semua,
yahudi itu tidak sekuat mana,
ia hanya pengecut,
hatinya amat p enakut,
dibongkar Allah dalam al-Quran,
jihadmu cukup menggentarkan.

Namun,
hari ini ia berkuasa,
kenapa?
kerana ia kaya-raya,
produknya menguasai dunia,
ditaja pula kuasa besar Amerika,
bantuan berjuta dolar,
bebas memiliki senjata.

Saudaraku,
kamu membeli produk yahudi,
kamu menyokong mereka,
kamu memberikan mereka dolar,
kamu memberikan mereka kekuatan,
dengan rasa bangga,
tanpa rasa bersalah.

Kamu mencipta seribu alasan,
kau akan lapar,
kau akan kebulur,
kau tidak maju,
kau akan susah,
kau hilang pekerjaan,
tanpa produk mereka,
cukuplah!

Kau beralasan lagi,
KFC tak sokong yahudi,
Nestle tiada kaitan,
mudahnya kau percaya,
pada diayah mereka,
tanpa sebarang siasatan,
tidakkah kau lebih percaya ulama,
yang berhukum dengan kajian,
cukuplah!

Inilah jihad saudaraku,
tiada jihad tanpa pengorbanan,
tiada jihad tanpa kesusahan,
usah bergantung pada produk yahudi,
bangkitlah berdikari,
buktikan produk Muslim lebih berkualiti.

Ingatlah hari kebangkitan,
Allah akan menyoal,
di mana perjuanganmu?
di mana maruahmu?
di mana sumbanganmu?
di mana persaudaraanmu?
untuk saudaramu di Gaza.

Tidakkah ada sedikit rasa simpati?
tidakkah ada rasa belas kasihan?
tidakkah ada semangat ukhuwah?
tidakkah ada rasa ingin menolong?
jika tiada,
masih ada kah simpati Allah buatmu nanti?

Tidak keterlaluan jika kukatakan,
duitmulah sumber kekuatan yahudi,
kamulah yang memberi mereka senjata,
kamulah yang menyokong mereka,
kamulah yang membunuh saudaramu,
kamulah yang membuat saudaramu derita,
duitmu tersalur ke peluru yahudi.

Ingatlah saudaraku,
Allah swt Maha Adil,
kamu pasti akan disoal,
kamu pasti akan dihisab,
atas setiap yang kamu belanjakan,
meskipun hanya untuk kit kat, nestle.

Kamu mungkin tak mampu,
berjuang di medan perang,
mengangkat senjata,
berkonfrontasi dengan si zalim,
mengelak percikan api,
mendengar dentuman bom,
melihat aliran darah,
habis?
apa yang kau mampu?

Tanganmu mampu dan berkuasa,
memboikot barangan mereka,
sebagai tanda perjuanganmu,
seiring jihad saudaramu,
meninggikan kalam Allah dan Rasul.
Ayuh, boikot yahudi!



Monday, July 19, 2010

Ayah Pah....

subhanallah...

baru2 ni, kite dpt berita bahawa ayah kpd sorg ahli majmuah kite berada di hospital akibat penyakit kencing manis... (penyakit y kita minta di jauhkan)

beliau adalah en. Abdul Latif- ayah kepada afifah (pah)
ayahnya telah berada di hospital besar Kuantan hampir 2 minggu..
dan 2 jari kaki ayahnya telah dipotong akibat dari penyakit yang di alami...

kami mendoakan yang terbaik buat ayah pah dan keluarga...moga pah dan keluarga tabah dgn apa yang menimpa ketua keluarga mereka..

jom sama2 doakan n bg semangat kat pah..kalau y berkesempatan tuh, jom la sama2 lawat ayahnye...
pah, jgn sedeh2 k...huhuhu kuat an semangat
tu la dugaan Allah pd hambaNya.. bile kite saket, tu kafarah dosa, insyaAllah..

lastly, syafakallah buat ayah pah... moge Allah mengampunkan dose beliau dan kite semua, insyaAllah, amin...

NASIHAT DI KALA CUTI...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh……..

Syukur kita kepada Allah kerana masih mengurniakan kita nikmat kehidupan….. Alhamdulillah….

Kalau bukan kerana nikmat kehidupan tadi, yang turun menggambarkan kasih sayang Allah yang tidak terhingga kepada kita, mana mungkin tangan ini mampu menekan satu- satu papan keyboard ini…. Mana mungkin otak ini mampu berfikir apa yang akan ku tuliskan ini….. terima kasih Allah atas kesempatan yang tercurah ini…..

Bak kata maher zein dalam lagu ‘alhamdulillah’

“Allah, I wanna thank you,”

“I wanna thank you, for all the thing you’ve done….”

(masih terngiang-ngiang lagu di minda penulis… sedihnyer T_T)

Apa khabar sahabat- sahabat semua….. ana harap kita semua dalam keadaan sihat….. maklumlah terlalu gembira pulang ke kampung halaman…. Dah 2 bulan tak balik kan!!

Tapi jangan terlalu enjoy taw!!! Sampai quran dah tak baca, solat dhuha tinggal, tahajjud malas buat....

Awas!!!! Kalau macam nie…..

Ketahuilah sahabat2 kita pulang dengan tanggungjawab yang sangat besar….. kita ada kerja yang sangat banyak….. dengan assignment yang bermacam-macam….. dan yang paling besar dengan tugas sebagai seorang islam yang mengucapkan kalimah syahadah dan beramal dengan syahadah {besarnya tanggungjawab ini….. sepertimana yang tertulis dalam buku Syahadatul Haq (abu a’la Almaududi)}…..

Ayuh kita kembali membuka hati kita untuk terus mengabdikan diri kepada Allah…..

Teruskan kerja kita…..

Siapkan assignment…..

Edit video istima’ dengan semangat……

Buat karangan tentang islam……

Assignment nahu yang mengejut……..

Ketahuilah itu semua adalah jalan mengabdikan diri kepada Allah….. Islam tidak pernah mengatakan ibadah kita kita just solat, doa, belajar dll….. tetapi ruang ibadat sangat luas…..

Dan ketahuilah………..

-IA BERGANTUNG KEPADA KITA, BAGAIMANA KITA BERINTERAKSI DENGANNYA (IBADAT)-

Sebagai penutup, ayuh sama2 kita fikir…..

SEJAUH MANA KITA BERAMAL DENGAN ISLAM….

APAKAH KITA BETUL-BETUL MENGGUNAKAN NIKMAT YANG ALLAH BERI INI DENGAN SESEMPURNA MUNGKIN….

ATAU KITA MELAKUKAN SESUATU KEBAIKAN IKUT MOOD KITA.....

Dan janganlahkita berkata sebagai alasan seperti mana yahudi berkata kepada Allah…. Dalam surah albaqarah…. "وقالوا قلوبنا غلف , بل لعن الله بكفرهم ”

{Mereka berkata, Kami buat semua ini- kemungkaran- bukan sebab apa, tapi sebab hati “kami yang dah terkunci” …..sedangkan Allah melaknati mereka sebab kekufuran mereka (mereka memilih untuk menjadi kufur, bukan sebab hati mereka awal2 lagi telah di-anaktiri-kan oleh Allah)….}

Ayuh sahabat, kita yang menentukan diri kita….. janganlah kita dicela sebab diri kita yang memilih perkara itu…. Wal’iyazubiLlah…..

Ayuh sama-sama berfikir……

_Wakil Ikhwah Majmuah 1_

Sunday, July 18, 2010

kalau ckp psl CINTA




lau ckp psl CINTA... selalu dikaitkan dgn REMAJA...

biase la tu... budak2 baru nak matang...

ade sikit kisah psl CINTA y mmg berkait ngn REMAJA...

cube luangkan sikit mase untuk bace post kali ni..

mungkin b'gune pade asdiqa' yang cube2 nak knl ape tu CINTA



"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.

Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.

Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.

“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,” Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.

“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,” Balas Wardah, agak teruji.

“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina. Wa!”

“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”

“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”

Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!



Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.

Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.

Telefon hafiz berdering.

Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah

“Hafiz?”

“Ya, saya,”

“Awak sayang saya?”

“Emm, kenapa awak tanya?”

“Saya tanya sebab nak awak jawab,”

“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”

“Awak cintakan saya?”

“Ya, saya cintakan awak,”

Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.

“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.

“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.

“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”

“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”

“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”

“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.

Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?

Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.

“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.

“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”

Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.

“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”

“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”

Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!

3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.

Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…

Subject:

Nota Cinta

From:

“Hafiz Haikal”

To:

wardah@yahoo.com


Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah. Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang. Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak. Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?.. Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain. Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua. Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah. Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak. Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk. Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat, setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak. Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya. Saya tak pernah bercinta. Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni. Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan. Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama. Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana. Itu janji Allah.


Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL

Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri… Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz. Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.

Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati. Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya. Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…

“Wa, bila nak menikah? Ummi teringin nak bermenantu,”

Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah. Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,

“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”

Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada. Hatinya masih berdebar-debar. Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…

“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…” Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.

Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…



indahnya CINTA berlandaskan syariat kan... heheh :D (suke)

Wednesday, July 14, 2010

Syok nya CUTI!!!~



cuti...??!!!! mid sem je

seronok nya!!

time dekat2 nak cuti... semua orang borak pasal cuti

kau dah beli tiket??

aku balek mlm jumaat..
lambatnya, kau nak wat pe kat sini..

aku pulak balek rabu malam... tak kire, nak balek awal jgk...aku ade program kat sekolah lame dulu..
hmm ade ape kat sekolah kau?? ke siape yang ada kat sekolah kau tuuu?? hihihihihi

eiissshhh tak sabar nya nak balek... kat dlm kelas pun tak nmpk dah muke lecturer... nampak muke tuuuuuuuutttttt j...heheheh

hmm...yang paling penting
apa ah nak wat?? jap2, kene senaraikan dulu

1. merendek-rendek...
2. shopping...
3. tgk movie...
4. main bowling...
5. lepak...
6. balik kampung...
7. main games...

haaa apa lagi, qadha' tidor la...
bangun tengahari buta.. eh buta ke??...
subuh gajah?? kite upgrade jd subuh dinasour n sedarjat dengannya...

buku?? tak nampak dah kat mane...
batang hidung pun tak nampak dah...(uih, mmg x de hidung pun...heheheh)

assignment?? ade ke?? tak ingat dah...

tolong mak?? tolong abah??

gi kelas2 ilmu?? daurah??

ahhhhhhh......xde mase la
.... baik aku gi joli, lagi syok... lagipun cuti seminggu je... orang lain jangan sibuk... huhuh

astaghfirullahal'azim... istighfar banyak2...

kenapa jadi mcm ni bile balek kampung masing2...?
biasa la tu, nak lepas gian.. kat U tak dapat nak wat.. jadual pack sangat... nak tidor pun tak sempat...

kenapa mesti jadi lain bile ade kat kampung masing2...?
kat U terikat dgn peraturan... kat rumah, bebas...huhuhu

kepada Muslimin yang disayangi dan Muslimat yang dicintai.................................... ALLAH s.w.t

ingatlah apa tujuan kita yang sebenarnya.... kita masuk UM juz nak belajar??
bile balek rumah, tinggal semuanya... sangkut segalanya kat pintu pagar UM..

bile kite kat luar, tu lah ujian kite yang sebenarnya...



MALAS??!!!
ni lah alasan yang selalu kita dengar...

Dalam konteks perasaan malas, saya cadangakan supaya kita boleh memulakan beberapa langkah:

1) Fikirkan secara positif bahawa anda tidak malas dan hendak menjadi rajin.

2) Setiap kali selepas bangun dari tidur, yakinkan diri bahawa anda akan lakukan tugasan-tugasan.

(Contoh: basuh baju, siapkan tugasan...).Anda boleh membuat bayangan minda bahawa anda akan melakukan tugasan itu.

3) Sentiasa cabar diri.

contoh: Kalau kau (nama sendiri) tak siapkan juga tugas ni, maksudnya memang la aku tidak tahu bersyukur, jadi sebagai denda, kurangkan masa 1 jam untuk tengok tv dan tambah sejam lagi untuk siapkan tugas). Ini hanya sebagai contoh, kadangkala manusia boleh jadi terkehadapan dengan cabaran dan tekanan pada diri.

4) Banyakkan muhasabah mengapa kita dibelenggu sifat malas.

5) Mohon doa yang berpanjangan kepada Allah supaya dijauhkan sifat malas ini.

"Allahumma, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan; dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil; dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"


Banyak nya assignment nak kene buat...
. PENATLAH...
satu lagi alasan yang kita selalu dengar..

Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Nantilah belajar...exam lame lagi...
Boleh terima ke alasan ni... hmm tapi selalu kite gune an...


Belajar Bukan Untuk Periksa...

"Perjuangan adalah kesempatan buat orang yang bijak menilai diri..."

Ramai pelajar menganggap bahawa mereka ini menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka me
ndapat tempat di pasaran kerja pada masa hadapan.

Namun hakikatnya, semua ini merupakan satu perkara yang merugikan mereka jika tanggapan sebegini tidak dikikis. MENUNTUT ILMU/ BELAJAR HANYA UNTUK PERIKSA?

Adakah anda merasakan perkara ini merupakan suatu perkara yang berbaloi? Bagi saya, ianya tidak sama sekali. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darim





Hmm... ingatlah asdiqa' semua...

Jangan lah kita terlampau leka dengan cuti mid sem kali ini...
aplikasikanlah apa yang kita dapat di U ni..
buatlah perubahan pada diri kita...

ingat, kita ni da jadi pelajar U, bukan lagi pelajar sekolah...tinggalkan perangai2 lame kita...
lakukan perubahan bisur'ah...


Haaaaa skrg ni senarai kerja yang sangat2 perlu di settle kan...

1. usus aqidah
2. maqal - islam
3. istima'
4. sirah nabawiyah

5. nahu

n yang seangkatan dengannya... revision jgn lupe wat... lagi 7 minggu je sblm exam..
ready la dari skrg, pe salahnye...

1 lg, prepare la pape bahan utk munaqasyah yang seterusnya...

hmm ingatkan lah kawan2 yang lain... same2 do something berfaedah fi hazihil ijazah...

p/s: segala kekurangan harap ditegor/diperbetolkan.......



Wednesday, July 7, 2010

CINTA: bahagia atau derita?



Nampak macam khusyu' je... tengok apa tu??

o7/07/2o1o (bk 9)

Janji nak mula pukul 11 pagi, ta
pi waktu tu, tak de sorang pun wakil muslimat yang datang, hanya muslimat yang dipertanggungjawabkan dengan tugas ini datang awal.

Muslimin pun datang awal.... (waaaaaa, biar betol?!!!)

Biasalah tu, 'janji melayu'.... (eh bukan lah, muslimat ada banyak perkara yang nak di settle kan...bz la konon). Bukan lambat sangat pun... (ye ke?!!)

Akhirnya kami memulakan munaqasyah ini pada jam 11.30 pagi.


Perasaan kami berkobar-kobar nak dengar apa yang disampaikan, almaklumlah munaqasyah yang pertama, tajuknya pasal CINTA pulak tu.

Pada mulanya mentor yang datang hanya dua orang(ikhwah), tapi apabila munaqasyah hendak bermula, masuk lagi dua orang.
Wahhh , sekali dia datang bawa geng la!!!

Jadi semua ikhwah di kalangan senior yang datang, empat orang.
Akhawat dari kalangan senior tidak dapat hadir kerana terdapat halangan yang tak dapat dihalang.

La ba's.... al-an, mari kita fokus pada apa yang asdiqa' kita nak sampaikan.....


11.30 pagi


Munaqasyah yang pertama ini dipengerusikan oleh ukht Nik Nur Farah Hana, walaupun agak kelihatan segan-silu (almaklumlah kali pertama bercakap depan sabahabat2), tapi alhamdulillah dia mampu menyempurnakannya.





Kata ukht Nik Nur Farah Hana....

Kalimah "CINTA" sudah tidak asing lagi di telinga kita terutama dalam kalangan remaja.

Sudah menjadi tanggapan umum bahawa CINTA bermaksud ungkapan rasa sepasang merpati dua sejoli yang mabuk dilanda asmara.

Bila menyebut tentang
CINTA, seringkali terbayang di kotak fikiran kita pasangan kekasih sehidup semati seperti 'romeo dan juliet', 'laila dan majnun', dan 'uda dan dara'.

Jalaludin ar-Rumi menggambarkan keasyikan indahnya CINTA itu hinggakan seseorang itu menganggap syaitan seperti bidadari.

Walaupun sudah ramai yang bahagia kerana CINTA, tetapi tidak disangkal bahawa ada juga mereka yang menderita kerana penangan CINTA.

Kerana CINTA, seseorang itu boleh menjadi mulia namun kerana CINTA jua seseorang itu menjadi hina.



11.40 pagi


Kemudian, dihangatkan lagi munaqasyah ini dengan kata-kata yang penuh semangat oleh ukht Fadhilah.

Walaupun kecil orangnya, tetapi dia mampu untuk mengupas lagi tentang CINTA pada hari ini dengan penuh berapi-api...(wah,cepat panggil bomba!!!)






Kata ukht Fadhilah.....

Kita hanya mempunyai satu hati sahaja, ianya menjadi rebutan antara malaikat dengan syaitan.

Tapi hakikatnya hati merupakan milik sang Pencipta.


"Kita sering malu kerana manusia, tapi adakah kita pernah merasa malu kepada Allah kerana mendatangkan kemurkaannya, sehingga merah padam muka kita".... fikir-fikirkanlah


Surah ar-Rum:21, mafhumnya: dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenis mu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.


12 tgh hari


Munaqasyah ini disempurnakan lagi oleh akh Mohd Shauqi yang mengupas tentang hakikat sebenar CINTA.

Katanya dia tidak mempunyai pengalaman berCINTA tapi berdasarkan apa yang diperkatakan, macam pernah je............ (sohih am la?? hanya Allah dan akh Shauqi sahaja yang tahu)





Kata-kata akh Mohd Shauqi....

Ayuh kita melukis peradaban islam bermula daripada kita.....

Alaf yang
serba unik telah menyaksikan bagaimana para
remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari
fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka
alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-
bank,
institusi-institusi kewangan lain diislamkan.
Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah

".

Ayat-ayat
dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk
menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi
gejala ini menular di kalangan mereka yang
berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-
naqibah usrah dan mereka yang menggunakan
ganti nama "ana - anta dan ana - anti

".”


Sms,Yahoo Messenger, frienster, my space,facebook, millat facebook, mail dan lain-lain
kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi
penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak- anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang- kadang gambar wanita bertudung

BAGAIMANA ISLAM MEMANDANG CINTA


1. Mencintainya kerana Allah(mendekatkan diri pada Allah dan mentaaatiNya). Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya- cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.

2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan kita dari Allah, membuatkan kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya.

3. Cinta yang mubah(harus),adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan.

Misalnya tanpa sengaja kita(lelaki) melihat wanita atau kita (wanita)melihat lelaki kemudian jatuh cinta dan perkara ini tidak sampai kita membuat maksiat pada Allah. Kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.



Apakata kita lihat hadis Rasulullah SAW dalan sunan Ibn Majah: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah

Apa?,Nikah?!!, Tidak mungkin…. Belajar belum habis, bagaimana nak menikah?

Mari lihat larangan Allah dalam surah al_Isra’:32 “Janganlah kamu mendekati zina….”

“Ah ekstrim, takkanlah bercinta dianggap mendekati zina….”

OK, mari kita lihat sabda Rasulullah SAW pula:”Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya syaitan..”(HR Tabrani)

Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan(ke tempat maksiat) dan mulutnya juga berzina dan zinanya adalah ciuman”(HR Muslim dan Abu Dawud)


C CINTA

I ITU

NNIKMAT

TTAPI

AAWAS!!

So……..renung-renungkan lah

WAHAI SAHABATKU!!!!!


Kini sudah terang lagi nak bersuluh (dengan torchlight pulak tu), sohihlah perasaan CINTA adalah lumrah bagi setiap manusia. Hakikatnya CINTA itu suci, maka janganlah kita mengotorinya tetapi peliharalah ia sebaiknya.


12.40 ptg


Mentor kami, menyampaikan sedikit kata-kata sebagai kesimpulan munaqasyah hari ini....


Setelah selesai munaqasyah, kami pun balik dengan penuh kesedaran, ikan haruan...eh, keharuan lah dan juga keinsafan..... insyaAllah


Harapnya munaqasyah yang diadakan di sebuah bilik kuliah yang lampu yang hanya dibuka sebelah, kerusi yang masih banyak kosong dan terdapat dua kaki payung di belakang bilik kuliah (payung....dua kaki...??!!!) jeng jeng jeng........ harapnya kita sama-sama dapat membangunkan islam bermula dengan aspek CINTA.


Sebelum akhiri kalam, akh Shauqi ada menyebut, Islam pada zaman Rasulullah s.a.w mudah tersebar dalam masa hanya 23 tahun, kerana mereka memahami islam yang sebenarnya. Mereka paham tentang konsep CINTA yang sebenar, mereka mengaplikasikan konsep CINTA yang sebenar.....


Maka, bagaimana pula kita pada zaman yang penuh dengan kemudahan serba canggih, mampukah kita membangunkan islam dalam jangka masa seperti yang dilakukan Rasulullah...


Renung-renungkan dan selamat beramal!!!~





Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan munaqasyah yang pertama ini sama ada secara langsung atau pun tidak..

Terima kasih juga kepada yang memberi kerjasama yang baik sepanjang munaqasyah ini berjalan..


Harap kita dapat mengambil serba banyak dari apa yang telah disampaikan..

Sesungguhnya yang baik itu datang dari sang Pencipta, dan yang kurang baik itu datang dari yang diciptakan...



p/s: moga terhibur dengan post pada kali ini..... mohon maaf andai ada tersalah bahasa atau tersalah taip (almaklumlah, manusia biasa)