rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Wednesday, July 7, 2010

CINTA: bahagia atau derita?



Nampak macam khusyu' je... tengok apa tu??

o7/07/2o1o (bk 9)

Janji nak mula pukul 11 pagi, ta
pi waktu tu, tak de sorang pun wakil muslimat yang datang, hanya muslimat yang dipertanggungjawabkan dengan tugas ini datang awal.

Muslimin pun datang awal.... (waaaaaa, biar betol?!!!)

Biasalah tu, 'janji melayu'.... (eh bukan lah, muslimat ada banyak perkara yang nak di settle kan...bz la konon). Bukan lambat sangat pun... (ye ke?!!)

Akhirnya kami memulakan munaqasyah ini pada jam 11.30 pagi.


Perasaan kami berkobar-kobar nak dengar apa yang disampaikan, almaklumlah munaqasyah yang pertama, tajuknya pasal CINTA pulak tu.

Pada mulanya mentor yang datang hanya dua orang(ikhwah), tapi apabila munaqasyah hendak bermula, masuk lagi dua orang.
Wahhh , sekali dia datang bawa geng la!!!

Jadi semua ikhwah di kalangan senior yang datang, empat orang.
Akhawat dari kalangan senior tidak dapat hadir kerana terdapat halangan yang tak dapat dihalang.

La ba's.... al-an, mari kita fokus pada apa yang asdiqa' kita nak sampaikan.....


11.30 pagi


Munaqasyah yang pertama ini dipengerusikan oleh ukht Nik Nur Farah Hana, walaupun agak kelihatan segan-silu (almaklumlah kali pertama bercakap depan sabahabat2), tapi alhamdulillah dia mampu menyempurnakannya.





Kata ukht Nik Nur Farah Hana....

Kalimah "CINTA" sudah tidak asing lagi di telinga kita terutama dalam kalangan remaja.

Sudah menjadi tanggapan umum bahawa CINTA bermaksud ungkapan rasa sepasang merpati dua sejoli yang mabuk dilanda asmara.

Bila menyebut tentang
CINTA, seringkali terbayang di kotak fikiran kita pasangan kekasih sehidup semati seperti 'romeo dan juliet', 'laila dan majnun', dan 'uda dan dara'.

Jalaludin ar-Rumi menggambarkan keasyikan indahnya CINTA itu hinggakan seseorang itu menganggap syaitan seperti bidadari.

Walaupun sudah ramai yang bahagia kerana CINTA, tetapi tidak disangkal bahawa ada juga mereka yang menderita kerana penangan CINTA.

Kerana CINTA, seseorang itu boleh menjadi mulia namun kerana CINTA jua seseorang itu menjadi hina.



11.40 pagi


Kemudian, dihangatkan lagi munaqasyah ini dengan kata-kata yang penuh semangat oleh ukht Fadhilah.

Walaupun kecil orangnya, tetapi dia mampu untuk mengupas lagi tentang CINTA pada hari ini dengan penuh berapi-api...(wah,cepat panggil bomba!!!)






Kata ukht Fadhilah.....

Kita hanya mempunyai satu hati sahaja, ianya menjadi rebutan antara malaikat dengan syaitan.

Tapi hakikatnya hati merupakan milik sang Pencipta.


"Kita sering malu kerana manusia, tapi adakah kita pernah merasa malu kepada Allah kerana mendatangkan kemurkaannya, sehingga merah padam muka kita".... fikir-fikirkanlah


Surah ar-Rum:21, mafhumnya: dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenis mu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.


12 tgh hari


Munaqasyah ini disempurnakan lagi oleh akh Mohd Shauqi yang mengupas tentang hakikat sebenar CINTA.

Katanya dia tidak mempunyai pengalaman berCINTA tapi berdasarkan apa yang diperkatakan, macam pernah je............ (sohih am la?? hanya Allah dan akh Shauqi sahaja yang tahu)





Kata-kata akh Mohd Shauqi....

Ayuh kita melukis peradaban islam bermula daripada kita.....

Alaf yang
serba unik telah menyaksikan bagaimana para
remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari
fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka
alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-
bank,
institusi-institusi kewangan lain diislamkan.
Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah

".

Ayat-ayat
dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk
menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi
gejala ini menular di kalangan mereka yang
berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-
naqibah usrah dan mereka yang menggunakan
ganti nama "ana - anta dan ana - anti

".”


Sms,Yahoo Messenger, frienster, my space,facebook, millat facebook, mail dan lain-lain
kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi
penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak- anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang- kadang gambar wanita bertudung

BAGAIMANA ISLAM MEMANDANG CINTA


1. Mencintainya kerana Allah(mendekatkan diri pada Allah dan mentaaatiNya). Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya- cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.

2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan kita dari Allah, membuatkan kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya.

3. Cinta yang mubah(harus),adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan.

Misalnya tanpa sengaja kita(lelaki) melihat wanita atau kita (wanita)melihat lelaki kemudian jatuh cinta dan perkara ini tidak sampai kita membuat maksiat pada Allah. Kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.



Apakata kita lihat hadis Rasulullah SAW dalan sunan Ibn Majah: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah

Apa?,Nikah?!!, Tidak mungkin…. Belajar belum habis, bagaimana nak menikah?

Mari lihat larangan Allah dalam surah al_Isra’:32 “Janganlah kamu mendekati zina….”

“Ah ekstrim, takkanlah bercinta dianggap mendekati zina….”

OK, mari kita lihat sabda Rasulullah SAW pula:”Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya syaitan..”(HR Tabrani)

Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan(ke tempat maksiat) dan mulutnya juga berzina dan zinanya adalah ciuman”(HR Muslim dan Abu Dawud)


C CINTA

I ITU

NNIKMAT

TTAPI

AAWAS!!

So……..renung-renungkan lah

WAHAI SAHABATKU!!!!!


Kini sudah terang lagi nak bersuluh (dengan torchlight pulak tu), sohihlah perasaan CINTA adalah lumrah bagi setiap manusia. Hakikatnya CINTA itu suci, maka janganlah kita mengotorinya tetapi peliharalah ia sebaiknya.


12.40 ptg


Mentor kami, menyampaikan sedikit kata-kata sebagai kesimpulan munaqasyah hari ini....


Setelah selesai munaqasyah, kami pun balik dengan penuh kesedaran, ikan haruan...eh, keharuan lah dan juga keinsafan..... insyaAllah


Harapnya munaqasyah yang diadakan di sebuah bilik kuliah yang lampu yang hanya dibuka sebelah, kerusi yang masih banyak kosong dan terdapat dua kaki payung di belakang bilik kuliah (payung....dua kaki...??!!!) jeng jeng jeng........ harapnya kita sama-sama dapat membangunkan islam bermula dengan aspek CINTA.


Sebelum akhiri kalam, akh Shauqi ada menyebut, Islam pada zaman Rasulullah s.a.w mudah tersebar dalam masa hanya 23 tahun, kerana mereka memahami islam yang sebenarnya. Mereka paham tentang konsep CINTA yang sebenar, mereka mengaplikasikan konsep CINTA yang sebenar.....


Maka, bagaimana pula kita pada zaman yang penuh dengan kemudahan serba canggih, mampukah kita membangunkan islam dalam jangka masa seperti yang dilakukan Rasulullah...


Renung-renungkan dan selamat beramal!!!~





Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan munaqasyah yang pertama ini sama ada secara langsung atau pun tidak..

Terima kasih juga kepada yang memberi kerjasama yang baik sepanjang munaqasyah ini berjalan..


Harap kita dapat mengambil serba banyak dari apa yang telah disampaikan..

Sesungguhnya yang baik itu datang dari sang Pencipta, dan yang kurang baik itu datang dari yang diciptakan...



p/s: moga terhibur dengan post pada kali ini..... mohon maaf andai ada tersalah bahasa atau tersalah taip (almaklumlah, manusia biasa)

0 comments:

Post a Comment